
SETELAH menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat, kumpulan pop rock terkenal, Maroon 5 akhirnya mengesahkan bahawa single terbaharu mereka berjudul Priceless akan menampilkan kolaborasi bersama bintang K-pop, Lisa Blackpink.
Pada Sabtu lepas, Maroon 5 memuat naik video di Instagram yang menunjukkan vokalis utama mereka, Adam Levine, 46, sedang bergambar dengan Lisa yang memakai gaun bercorak haiwan.
Dalam video tersebut, Adam Levine menyanyikan bahagian lirik lagu 'Baby, you’re priceless,I’ve never had anything like this.'
BACA LAGI: Ketahui mengapa kita tidak dapat mengingati apa yang berlaku sewaktu bayi
BACA LAGI: Beri sinar baharu untuk kesihatan kulit wanita, vitamin B12 bantu masalah dermatitis
Video itu turut disertakan dengan kapsyen, 'Priceless featuring Lisa. Pre-save now.'
Selain itu, sebuah video pendek turut dimuat naik sekali gus memberikan peminat sedikit gambaran tentang lagu yang bakal ke udara itu.
Maroon 5 juga memuat naik video di TikTok yang menunjukkan Adam Levine keluar dari lif dan meninggalkan Lisa di dalam lif tersebut.
Walaupun tarikh sebenar lagu itu belum diumumkan, peminat kini boleh melakukan pre-save lagu itu di platform penstriman muzik.
Pengumuman kolaborasi itu hadir selepas Maroon 5 memuat naik gambar Adam Levine bersama seorang wanita, yang dilihat dari belakang sehingga menyebabkan ramai beranggapan wanita itu adalah Lisa.
Spekulasi itu semakin kuat apabila jurusolek Lisa memuat naik gambar yang sama sebelum pengumuman rasmi dibuat
Pada awal April, Adam Levine mengesahkan dalam rancangan The Tonight Show bahawa Maroon 5 sedang bekerja pada album baharu, merancang untuk mengadakan jelajah pada penghujung 2025 dan akan melancarkan single pada akhir April.
Album terakhir mereka berjudul Jordi dikeluarkan pada 2021.
Sementara itu, Lisa baru sahaja selesai membuat persembahan di Festival Coachella pada 11 dan 18 April.
Lisa juga melancarkan album sulungnya, Alter Ego pada Februari lepas yang menampilkan kolaborasi dengan artis-artis besar seperti Doja Cat, Raye dan Megan Thee Stallion.
Peminat pastinya teruja untuk mendengar gabungan suara Adam Levine dan Lisa dalam lagu Priceless yang dinanti-nantikan itu. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram