'Hidup mummy indah, kuat sebab Isya', Azza terharu anak perempuan tamat sekolah, kini fokus sambung ijazah


  • Relaks
  • Ahad, 13 Apr 2025

Marissa (pertama dari kiri) yang kini berusia 20 tahun dibesarkan oleh Azza sendirian selepas bercerai pada pertengahan 2004.

PELAKON dan penyanyi, Azza Elite meluahkan rasa syukur dan bangga atas pencapaian anak angkatnya, Marissa Jannah, 20, yang telah menamatkan alam persekolahannya.

Menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya pada Sabtu, beliau berkongsi emosi terharu menyaksikan kejayaan Marissa yang merupakan sumber kekuatan dan kebahagiaan dalam hidupnya.

Hantaran tersebut disertakan dengan sekeping foto memaparkan Marissa dan rakan-rakannya yang lengkap berjubah konvokesyen bersama dua orang guru mereka.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Jangan kahwin kerana cinta, tetapi kerana ALLAH,' Neelofa dan Nora Danish beri tip buat geng single

BACA LAGI: [VIDEO] Hanya modal RM150, ibu 3 anak tunjuk skil DIY buat 'wall skirting'

Azza (kiri) dan keluarga ketika menyambut Syawal tahun ini.

“Dengan dua tangan ini, ALLAH izinkan aku membesarkan kamu anakku. Kita fokus pada degree pula, Insya-ALLAH.

“Membesarkan kamu itu penuh bahagia, kita bahagia Bersama, menangis bersama. Kejarlah cita-citamu. Jadilah orang yang bijak berpendidikan. Bawa ALLAH bersamamu,” tulis beliau.

Wanita berusia 48 tahun itu turut mengimbau kecekalannya membesarkan sendiri Marissa yang mesra disapa ‘Isya’.

“Hidup mummy indah sebab Isya ada dengan mummy. Mummy kuat sebab Isya. Penat Lelah tolak troli Isya. Hari ini Isya bayar semula pada mummy dengan apa yang Isya usahakan.

“Tahniah Marissa jiwa ragaku, nyawaku. Kau nadiku,” ujarnya.

Azza atau nama sebenarnya Noor Azzarima Zawari merupakan bekas ahli kumpulan Elite, kumpulan pop wanita terkenal ketika era 90-an.

Usahawan Kekza by Azza Elite berusia 48 tahun itu pernah melalui ujian berat dalam kehidupan peribadinya apabila mengalami keguguran sebanyak empat kali sepanjang tempoh perkahwinannya.

Keinginan untuk menimang cahaya mata akhirnya membawa kepada keputusan untuk mengambil Marissa sebagai anak angkat ketika beliau mendirikan rumah tangga bersama Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce . 

Namun, rumah tangga berakhir dengan perceraian pada pertengahan November 2004. Sejak itu, Azza membesarkan Marissa secara sendirian.

Pada 2012, Azza kembali mendirikan rumah tangga bersama Azlan Zulaily dan mengambil seorang lagi anak angkat lelaki, Muhammad Adam pada 2019. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram