Mac bukan sekadar ulang tahun kelahiran, Elfira imbas detik manis Ramadan, peluang refleksi diri lebih mendalam


  • Relaks
  • Khamis, 10 Apr 2025

Bagi Elfira, Mac lebih sekadar daripada bulan hari lahirnya, malah merupakan masa untuk beliau melakukan refleksi diri.

BULAN Mac lalu bukan sekadar permulaan musim baharu, tetapi menjadi ruang istimewa buat pelakon, Elfira Loy menyelami jauh ke dalam hati sendiri.

Ibu kepada dua orang anak itu menyifatkan Mac lalu detik paling bermakna dalam hidupnya.

Berkongsi luahan hati di Instagram, Elfira, 31, merenung perjalanan hidupnya yang penuh pelajaran, cabaran dan keberkatan, bertepatan dengan ulang tahun kelahiran beliau.

BACA LAGI: [VIDEO] Meriah beraya di Kuala Lipis, TokTi sempat 'reunion' dengan rakan sekolah

BACA LAGI: 'Lepas ni mesti mommy rindu abang tanya 'berapa minit lagi?, Amyra Rosli teruja anak sulung berjaya puasa penuh

"Mac ini sangat istimewa buat saya. Lebih daripada sekadar bulan hari lahir. Ia masa untuk refleksi, pertumbuhan dan menerima pelbagai nikmat," tulisnya mengimbau kenikmatan Ramadan tahun ini penuh rasa syukur dan niat yang diperbaharui.

Baginya, bulan suci itu memberi peluang untuk kembali memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada-NYA.

"Ramadan kali ini terasa berbeza. Saya masuk dengan hati dipenuhi niat yang diperbaharui, sudut pandangan baharu dan kerinduan mendalam terhadap keampunan dan keberkatan," kongsinya.

“Ya ALLAH, terima kasih kerana membimbing setiap langkah perjalanan ini. Kurniakanku dengan ilmu bermanfaat, dekatkanlah aku dengan-MU dan bantulah aku menjadi versi terbaik setiap hari,” tambahnya lagi.

Hantaran itu turut disertakan klip dan nota peribadi Elfira yang disifatkannya sebagai favorite highlights dan dekat dengan hatinya.

Antaranya termasuk kepingan gambar ayat-ayat suci al-Quran dan penyertaannya dalam program tanggungjawab sosial korporat di Terengganu anjuran jenama kosmetik terkemuka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram