
PELAKON dan pengacara terkenal, Amyra Rosli, meluahkan rasa bangga apabila anak sulungnya, Aqeef Anaqi, 8, berjaya menunaikan ibadah puasa penuh sepanjang Ramadan tahun ini.
Perkara itu dikongsi Amyra menerusi story di akaun Instagramnya pada Ahad.
Beliau turut menzahirkan kesyukuran atas detik bermakna itu selain menyatakan bahawa beliau bakal merindui soalan yang sering ditanya oleh anaknya tersebut.
BACA LAGI: Hari Raya Aidilfitri 2025 disambut pada Isnin
"Tahniah Anaqi. Kuat semangat abang untuk puasa penuh. Syukur Alhamdulillah.
"Lepas ni mesti mommy rindu abang tanya 'berapa minit lagi mummy?'", tulisnya.
Keluarga bahagia Amyra (atas) bersama suami dan anak-anaknya. — Instagram/@aamyrarosli
Video tersebut memaparkan Amyra dan keluarganya sedang bersedia untuk berbuka puasa di sebuah restoran.
Kejayaan Aqeef pastinya menjadi inspirasi kepada ibu bapa lain dalam mendidik anak-anak untuk memahami serta menghayati ibadah puasa sejak usia muda.
Sekadar info, Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, merupakan pelakon dan pengacara terkenal di Malaysia yang mula dikenali menerusi drama popular seperti Tersuka Tanpa Sengaja dan Nur.
Beliau berkahwin dengan pelakon, Amar Baharin pada tahun 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram