[VIDEO] Dianggap comel bila mula trending, ramai guna 'acne patch' lipas sembunyikan jerawat


  • Relaks
  • Rabu, 09 Apr 2025

Ramai golongan wanita memilih untuk menggunakan pelekat jerawat berbentuk lipas.

PRODUK pelekat jerawat atau acne patch kini bukan sahaja berfungsi untuk menutupi jerawat, malah menjadi elemen gaya buat seseorang tampil unik. 

Terbaharu, produk kecantikan tempatan, Dododots memperkenalkan produk pelekat jerawat berbentuk lipas, sekali gus mencuri perhatian pengguna media sosial yang beranggapan rekaan itu sebagai satu inovasi pelik tetapi comel.

Meskipun rekaan acne patch itu dilihat luar biasa, ia berjaya menarik perhatian ramai yang membuktikan bahawa produk kecantikan masa kini bukan sahaja mementingkan fungsi, malah rekaan yang kreatif dan berbeza sehingga mampu mencetuskan trend tersendiri.

BACA LAGI: Ibu berpantang sewaktu musim raya, nikmati juadah lebaran tanpa memudaratkan tubuh

BACA LAGI: Tangas moden 'rahsia' sihat Tyra semasa hamil, tempoh berpantang, mudah disediakan 15 minit saja!

Ramai golongan wanita tertarik untuk memiliki pelekat jerawat berbentuk lipas.

Di laman X (dahulunya dikenali sebagai Twitter), ramai yang berkongsi gambar mereka menggunakan patch tersebut dengan kapsyen yang mencuit hati serta komen spontan daripada pengguna lain.

Antara yang menarik perhatian ialah seorang pengguna, Hannabunnyb yang memuat naik gambar memakai dua acne patch lipas di diletakkan pada bahagian dahi dan pipi. 

"Dododots buat acne patch lipas, tapi saya nasihatkan kalau pakai, hati-hati lah. Risau kena lempang dengan orang sekeliling," katanya. 

Rekaan edisi terhad itu semakin mendapat perhatian ramai apabila personaliti media sosial, Tatty Hassan turut memuat naik gambar dirinya memakai pelekat jerawat berbentuk lipas itu. 

Di ruangan komen, rata-rata pengguna memberi respons positif dan menganggap rekaan tersebut sebagai comel meskipun kelihatan mengelirukan iaitu seolah-olah lipas sebenar.

"So cute, kena beli juga ke ni. Tetapi acne patch banyak lagi," tulis Syimah Yusoff.

Seorang pengguna, Nrathrahs pula bimbang terhadap kesan sampingan rekaan yang menyerupai serangga itu terutamanya bagi mereka yang memelihara haiwan.

“Comel tapi kalau ada banyak kucing di rumah, lebih baik jangan pakai. Risau tercakar muka sebab ingat lipas betul," tulisnya.

Warga maya, Farynn01 juga mengidamkan untuk mendapatkan rekaan acne patch berbentuk yang sama. 

"Nak beli acne patch lipas itu tetapi takut terlempang muka sendiri masa tengok cermin," katanya. 

Sementara itu, pengguna lain, Ooi Beng Cheang juga memberi komen secara berseloroh. 

“Macam betul-betul lipas. Takut kena pukul dengan raket elektrik nyamuk nanti," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram