Tiffany & Co. menyatukan keindahan alam dan berlian dalam koleksi 'high jewelry' terbaharu


  • Relaks
  • Selasa, 08 Apr 2025

Anting-anting dalam platinum dan emas kuning dengan berlian.

NAMA ikonik dalam dunia perhiasan mewah sejak 1845, Tiffany & Co. kembali mencuri tumpuan dengan pelancaran kempen terbaharu untuk koleksi barang kemasnya. 

Menampilkan koleksi luar biasa dari Blue Book 2024: Tiffany Céleste, kempen itu merupakan penghormatan kepada warisan seni reka bentuk dan ketukangan yang sangat halus.

Difotografikan oleh Carlijn Jacobs, kempen itu memberi nafas moden kepada visual klasik Tiffany & Co. dengan menggabungkan sentuhan kontemporari dengan inspirasi daripada buku Tiffany Style. 

BACA LAGI: Slime, kiub rubik antara 5 permainan bantu perkembangan minda, kemahiran motor anak-anak

BACA LAGI: Ogy pilu pemergian Noor Azizah, sifatkan pelakon legenda insan penuh hemah dan 'membumi'

Anting-anting dalam platinum dengan berlian.

Salah satu bintang utama dalam kempen itu ialah Bird on a Rock, brooch ikonik yang kini hadir dengan sentuhan baharu. 

Dihiasi berlian berbentuk pear, brilliant round dan baguette, burung itu bertenggek megah di atas berlian potongan kusyen lebih 25 karat. 

Simbol keceriaan dan harapan itu turut hadir dalam versi jam tangan iaitu burung kecil kelihatan 'terbang' perlahan-lahan mengelilingi dail bertatah berlian.

Kempen itu juga memperkenalkan rantai leher Shooting Star yang direka khas untuk menggambarkan fenomena bintang menembak. 

Batu utamanya, berlian emerald-cut berwarna D seberat lebih 18 karat, disokong oleh ratusan berlian kecil yang berkilau seperti debu bintang di langit malam. 

Menariknya, reka bentuk itu juga boleh diubah menjadi cincin mewah yang menjadi simbol kreativiti dan kefleksibelan rekaan Tiffany.

Di sebalik kempen tersebut ialah lensa Carlijn Jacobs, yang menghidupkan semula gaya ikonik Tiffany melalui sudut pandang moden. 

Inspirasi beliau datang daripada koleksi visual klasik seperti karya John Loring dan fotografi Hiro, menjadikan kempen itu sebagai jambatan antara sejarah dan masa kini.

Lebih daripada sekadar barang kemas, koleksi itu adalah tentang pengalaman iaitu perasaan kagum, kehalusan seni dan sentuhan magis yang hanya boleh ditemui di Tiffany & Co. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram