Terima ‘DM’ isu solek isteri pempengaruh terkait kontroversi, Syedewa kekal pilih jalan tengah


  • Relaks
  • Selasa, 08 Apr 2025

Hantaran itu dibuat selepas beliau menerima mesej peribadi daripada pengguna media sosial.

BARU-BARU ini, jurusolek dan usahawan terkenal, Syedewa, berhadapan dengan situasi yang agak mencabar apabila dianggap terpalit dalam satu kontroversi melibatkan pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Dalam hantaran story di Instagramnya pada Isnin, beliau mendedahkan telah menerima satu mesej peribadi yang memintanya untuk tidak memuat naik gambar hasil solekan individu berkenaan. 

Menurut pihak yang menghantar mesej tersebut, tindakan memuat naik gambar wanita terbabit dianggap sebagai sokongan kepada sebelah pihak.

BACA LAGI: Isteri Ali XPDC meninggal dunia akibat kanser payudara

BACA LAGI: Minum 8 gelas air sehari, suplemen kolagen oral tangani kedutan pada wajah

Enggan bersifat berat sebelah, Syedewa atau nama sebenarnya Syed Mohamad Fahmi Syed Shabthar memilih untuk mengekalkan profesionalisme dalam kerjanya.

"Dalam 15 tahun saya sebagai jurusolek, baru kali ini saya mendapat mesej begini. Saya tahu sedikit tentang isu ini, tetapi saya tidak ambil port sangat," katanya.

Beliau menambah, For You Page (FYP) beliau di TikToknya lebih banyak memaparkan kandungan santai dan tutorial solekan, bukannya isu peribadi atau kontroversial.

Sebagai jurusolek berpengalaman, Syedewa memilih untuk tidak terperangkap dalam spekulasi atau perbalahan. 

"Saya menghormati orang yang sensitif dalam isu ini, tetapi saya juga perlu menghormati kerjaya saya," tegasnya. 

Keputusan beliau untuk tidak membiarkan isu tersebut menjejaskan kerjayanya membuktikan betapa pentingnya profesionalisme dalam setiap aspek kerja.

Ia sekali gus menegaskan bahawa setiap jurusolek perlu memisahkan tugas profesional dari isu peribadi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram