'Anak sendiri pun tak tahu', Rozita impi masuk syurga tanpa hisab, enggan ulas aib rumah tangga


  • Relaks
  • Isnin, 07 Apr 2025

Rozita Ibrahim tidak mahu mendedahkan secara terperinci mengenai kisah hidup peribadinya.

USAHAWAN sensasi, Rozita Ibrahim menegaskan bahawa beliau kekal dengan pendirian untuk tidak mendedahkan secara terperinci mengenai kisah hidup peribadinya termasuk hal berkaitan perkahwinan terdahulu.

Rozita berkata, walaupun beliau berdepan pelbagai cabaran hidup termasuk kegagalan dalam berumah tangga, beliau tetap memilih untuk menjaga aib bekas suaminya.

Ibu kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Alif Syukri itu sama sekali tidak mahu membuka kisah silam yang boleh mengundang fitnah atau salah faham. 

BACA LAGI: Slime, kiub rubik antara 5 permainan bantu perkembangan minda, kemahiran motor anak-anak

BACA LAGI: Ogy pilu pemergian Noor Azizah, sifatkan pelakon legenda insan penuh hemah dan 'membumi'

"Kalau saya ini benar-benar buruk perangainya, saya tetap tidak sanggup untuk menceritakan keburukan bekas suami saya.

"Hidup saya penuh dengan dugaan, sampai anak-anak sendiri pun tidak tahu kesusahan yang saya lalui," katanya menerusi laman Instagram.

Tambah Rozita, meskipun terdapat pihak yang ingin berbicara mengenai dirinya, beliau menyerahkan segalanya kepada ketentuan ALLAH.

"Kalau mereka nak bercakap tentang saya, teruskanlah. Apa pun, mereka akan bertanggungjawab di akhirat kelak. Ramai yang menyangka anak-anak saya tahu segala-galanya tentang hidup saya, hakikatnya tidak.

"Itu prinsip hidup saya. Anak saya sendiri tidak perlu tahu semua perkara. Ya, saya pernah berkahwin dan bercerai, tetapi cukup setakat itu sahaja," jelasnya lagi.

Beliau yang juga dikenali sebagai Bonda Rozita itu turut meluahkan hasrat menutup lembaran hidup dengan penuh ketenangan dan reda tanpa mengheret dosa membuka aib orang lain.

"Saya berazam untuk mati tanpa hisab. Sebab itu saya sedaya upaya menahan diri daripada menceritakan keburukan sesiapa pun termasuk orang-orang terdekat dalam hidup saya," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram