
ANAK perempuan pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, iaitu Alisa Aisyah nampaknya 'berhasrat' menyambung legasi ibunya sebagai personaliti media sosial.
Ia selepas Hanis atau nama sebenarnya Hanis Zalikha Zainal Rashid memuat naik hantaran video di Instagramnya memaparkan anak bongsunya itu membuat room tour di resort mewah Soneva Jani, Maldives, sekali gus mengimbau detik ibu kepada dua anak itu yang pernah melakukan perkara sama di tempat sama pada 2017.
Video berkenaan menjadi tumpuan ramai dengan keletah Alisa, 6, yang bersahaja memperkenalkan setiap sudut villa mereka dengan gaya tersendiri.
Mereka turut menyambut Syawal di Maldives. — Instagram/@haniszalikha
Menurut pelakon filem Gangster Celop (2013) itu, video tersebut dilakukan bagi memenuhi permintaan Alisa sendiri.
"Alisa benar-benar mahu merakam video lawatan villa ini, jadi inilah hasilnya. Dia juga mencipta skrip spontannya sendiri, ada yang diinspirasikan daripada video lama Mommy.
"Alisa sayang, kami seronok buat video ini dengan kamu, semua kena tolong dia rakam ya. Selamat menonton," tulisnya.
Dalam video berkenaan, Alisa tampil yakin dan fasih bertutur dalam bahasa Inggeris ketika menerangkan ruang-ruang di dalam villa yang diinap mereka sekeluarga.
Kefasihannya dalam berbahasa Inggeris turut mendapat perhatian warga maya.
"Saya suka bagaimana Alisa boleh menerangkan satu persatu dengan begitu jelas sebagai seorang kanak-kanak. Saya boleh memahami apa yang beliau katakan walaupun tanpa sari kata. Kerja yang bagus, Alisa!," komen @anisnabilaaa.
"Beliau layak mempunyai saluran YouTube sendiri," kata @irsadinaa.
"Skrip spontan dia lebih baik daripada skrip bertulis saya," ujar @ridhwanzahrii.
Selain menikmati percutian di resort mewah itu, keluarga kecil mereka turut menyambut Hari Raya Aidilfitri di sana dengan berbusana rona merah jambu dan hitam.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram