Tiga kelab Honda Civic rai golongan kurang bernasib baik, anjur majlis berbuka puasa


  • Massa
  • Selasa, 18 Mac 2025

TIGA kelab pemilik kereta Honda Civic menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas di di Genting Highlands, Pahang pada Ahad lalu.

TIGA kelab pemilik kereta Honda Civic membuktikan mereka bukan sekadar pencinta automotif, malah prihatin terhadap kebajikan masyarakat dengan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas di Genting Highlands, Pahang pada Ahad lalu.

Program amal julung kali diadakan itu bertujuan menyantuni golongan kurang bernasib baik dari Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras, Selangor dan Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Majlis Kelab Honda Civic FK8 Malaysia, Honda Civic FL5 Malaysia dan Honda Civic Type R Sosial Kelab itu turut menyaksikan sumbangan berjumlah RM7,000 disalurkan kepada dua rumah kebajikan tersebut.

BACA LAGI : Didakwa pernah tinggal bersama, remaja lelaki direman 6 hari bantu siasatan tikam rakan universiti hingga parah

BACA LAGI : [VIDEO] Ada pelajar cedera ringan, Politeknik Ungku Omar hantar laporan awal Ex Kurung ke KPT pada Rabu

Lukhman Hakim Alu (kanan) menyumbangkan RM2,000 kepada wakil Rumah Titian Kaseh.

Wakil kelab, Madi Kosan menyerahkan cek berjumlah RM5,000 kepada Rumah Kasih Harmoni manakala penaung majlis, Lukhman Hakim Alu menyumbangkan RM2,000 kepada Rumah Titian Kaseh.

Program amal itu merupakan inisiatif pertama gabungan tiga kelab berkenaan dan akan diteruskan pada masa akan datang.

Majlis yang berlangsung meriah itu berjaya membuktikan bahawa kelab-kelab kereta bukan sekadar komuniti peminat automotif, tetapi juga mempunyai tanggungjawab sosial yang tinggi sekali gus menepis tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap semua kelab kereta berkenaan. 

Madi Kosan (kiri) menyerahkan cek berjumlah RM5,000 kepada wakil Rumah Kasih Harmoni. 

Selain sumbangan wang tunai, kesemua asnaf yang hadir turut menerima duit raya sebagai persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Sementara itu, wakil Rumah Kasih Harmoni, Jamilah Wahab dan wakil Rumah Titian Kaseh, Ahmad Haziq  A. Rahim menzahirkan penghargaan atas keprihatinan dan bantuan yang diberikan.

Majlis diakhiri dengan sesi fotografi bersama sebagai kenangan buat semua yang hadir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram