[VIDEO] Top 3 menu buka puasa masakan Syamimia suri rumah boleh cuba, tak perlu bersesak ke bazar


  • Relaks
  • Jumaat, 14 Mac 2025

Antara menu yang boleh dicuba untuk dijadikan sebagai hidangan berbuka puasa. — Syamimia

SELEPAS lebih 10 jam menahan diri daripada lapar dan dahaga, berbuka puasa semestinya antara waktu dinantikan.

Meskipun pelbagai juadah dijual di bazar Ramadan, namun sebahagian besar individu ingin menikmati makanan baik air tangan sendiri, ibu, isteri mahupun ahli keluarga.

Bagi para wanita khususnya suri rumah, tidak dinafikan ada kalanya buntu mencari sajian untuk dihidangkan pada waktu berbuka puasa.

BACA LAGI: Bertukang dengan gergaji, tukul besi arwah ibu, Nani wanita kreatif di sebalik ‘House of Art’, Kuala Pilah

BACA LAGI: [VIDEO] 'Takpe cikgu teman, cikgu ada', guru muda tukar cara mengajar bantu pelajar lawan rasa takut dalam kelas

Syamimia dikenali dengan video memasak dan menghias rumah. — Instagram/Syamimia

Untuk anda tidak mahu beratur atau bersesak-sesak di bazar Ramadan, berikut tiga menu enak dikongsikan pempengaruh media sosial, Syamimia yang boleh dicuba.

Ibu kepada seorang anak, suri rumah merangkap pencipta kandungan sepenuh masa itu tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bukan sahaja berkongsi resipi mudah, tetapi elemen estetika dapurnya juga secara tidak langsung memberi inspirasi kepada anda sambil memasak.

1. Bihun sup

Berbuka dengan masakan panas dan berkuah sememangnya menyegarkan tekak dan badan.

Tidak hairanlah bihun sup menjadi pilihan terbaik sebagai hidangan berbuka puasa bersama keluarga.

Ditambah pula sesuai dimakan oleh kanak-kanak dan warga emas yang mungkin mengalami kesukaran untuk mengunyah atau menelan.

Menu itu juga sememangnya dijamin sihat kerana dilengkapi dengan nutrisi daripada ayam, herba dan sayur-sayuran.

2. Udang goreng kunyit

Kedengaran sangat klise, tetapi siapa sangka menu yang satu itu sebenarnya menjadi kegilaan ramai.

Rata-rata peniaga bazar Ramadan juga menjadikan udang goreng kunyit sebagai jualan mereka.

Namun, tahukah anda bahawa sangat mudah untuk memasak juadah tersebut yang tidaklah mengambil masa satu jam.

Menariknya cara memasak yang ditunjukkan Syamimia adalah sering mementingkan sayur dan kuantiti minyak yang sedikit dalam masakannya.

3. Apam balik

Setelah perut dipenuhi dengan makanan berat, jangan lupa juga untuk menyantap manisan, sekadar pelengkap juadah.

Kebiasaannya, ramai yang memilih untuk membeli apam balik di bazar Ramadan sahaja.

Namun, sekiranya anda mahukan variasi atau rasa yang berbeza, sentuhan air tangan sendiri di rumah mungkin cara terbaik.

Bukan sahaja boleh membuatnya dalam kuantiti yang banyak untuk keluarga besar, tetapi juga dapat mengawal tahap kemanisan mengikut cita rasa sendiri.

Ketiga-tiga menu itu juga dilihat begitu mudah untuk dimasak apabila melihat video dikongsikan Syamimia di platform YouTubenya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram