Hawa Rizwana 'terjun' ke dunia fesyen, realisasi impian zaman kanak-kanak


Hawa Rizwana & Co bukan sekadar sebuah jenama fesyen, tetapi juga merupakan simbol keceriaan.

PERSONALITI TV popular, Hawa Rizwana Redzuan, baru-baru ini mengumumkan pelancaran jenama tudungnya Hawa Rizwana & Co.

Terkenal dengan personaliti dan penampilan anggun, keyakinan dan berinspirasi, Hawa berusia 30 tahun itu kini mengatur langkah dalam dunia fesyen, sekali gus merealisasikan impian zaman kanak-kanaknya.

Mengenang kembali Hawa berkongsi, dunia fesyen sememangnya impian beliau sejak kecil.

“Hidup semakin sibuk, tetapi apabila mengambil masa berehat daripada jadual yang padat, saya bertanya kepada diri, apakah impian belum dicapai?

“Itu adalah detik yang membuatkan saya sedar bahawa sudah tiba masanya untuk memulakan (bidang fesyen),” katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: [VIDEO] Tragedi mandi tasik di Kempas, ibu menangis sayu lihat jasad anak lemas diusung keluar

BACA LAGI: [VIDEO] Mayat wanita berulat ditemukan tidak berpakaian lengkap, polis Shah Alam klasifikasi kes mati mengejut

Screenshot 2025-02-13 163208

Hawa Rizwana mahu jenamanya menjadi sumber positif kepada wanita. — Instagram/@hawarizwana

Jenama Hawa Rizwana & Co bukan sekadar sebuah jenama fesyen, tetapi juga meraikan keseronokan.

Mengambil inspirasi daripada makna di sebalik nama Hawa Rizwana iaitu ‘Hawa’ merujuk kepada wanita pertama di bumi dan ‘Rizwana’ pula melambangkan kebahagiaan, jenama itu bertujuan membawa positiviti, warna dan perspektif segar dalam kehidupan wanita.

"Saya mahu ‘Hawa Rizwana & Co.’ menjadi sumber positif apabila wanita boleh berasa cantik dan gembira dengan diri sendiri.

"Hidup adalah tentang melangkah ke hadapan walaupun terdapat banyak rancangan masa hadapan, tetapi saya akan memberi tumpuan pada satu langkah pada satu masa," jelas Hawa.

Jenama tersebut ideal untuk semua golongan baik profesional kalangan belia, pelajar mahupun suri rumah yang mencari item fesyen sopan, namun masih bergaya dan praktikal.

WhatsApp Image 2025-02-13 at 2.02.59 PM

Koleksi debut Hawa Rizwana & Co. menampilkan hijab yang elegan dan versatil. — Hawa Rizwana

Selain itu, jenama berkenana juga menyasarkan individu yang ingin menggabungkan kesopanan dengan trend moden, sekali gus memberi sentuhan elegan dalam setiap penampilan.

Koleksi debut Hawa Rizwana & Co. menampilkan hijab yang elegan dan versatil, direka bagi memenuhi keperluan wanita moden yang mencari keyakinan dan keselesaan dalam gaya hidup harian.

Koleksi pertama ditawarkan di platform TikTok menerusi akaun @HawaRizwana&Co.

Dengan pelancaran tersebut Hawa bukan hanya membuka lembaran baharu dalam kerjaya fesyen, bahkan memberi inspirasi kepada wanita untuk berani mengejar impian dan mengubah dunia gaya tersendiri. — Majoriti.

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram