
SHAFIQ Nordin, Michael Chuah, Leong Wan Kok (1000 Tentacles Studio), dan Janggutbear, empat artis Malaysia dari pelbagai bidang seni seperti seni halus, komik, reka bentuk mainan, dan seni digital, kini tampil bersama dalam pameran seni yang menggabungkan budaya pop culture dan skate (papan selaju).
Pameran bertajuk Ride For Art: A Celebration Of Art And Skate Culture itu juga memberi peluang kepada pengunjung untuk meneroka karya seni yang mencabar batasan tradisi dan mempopularkan budaya skate dalam dunia seni moden.
Pameran yang berlangsung di A4A Gallery (Art4All) di pusat kreatif GMBB, Kuala Lumpur, turut menampilkan 13 ilustrator tempatan dan Asia, antaranya Shinichiro Kato (Jepun), 517Toy (Taiwan), TU!! (Thailand), dan Graphic Airlines (Hong Kong).
BACA LAGI : [VIDEO] Misteri kematian wanita ada kesan luka terjawab lepas suami jalani ritual Dayak Kalimantan
BACA LAGI : [VIDEO] Padah leka sesaat, pekerja kilang maut kepala tersepit mesin pemampat di Turkiye
Para artis tersebut dijemput untuk menginterpretasikan semula makhluk ikonik dalam budaya pop, terutama raksasa Kaiju, melalui cara yang segar dan kontemporari, yang dipamerkan pada cetakan dan papan luncur.
Pengunjung melihat dengan lebih dekat hasil karya dan mainan oleh artis Thailand 'TU!!' (kiri) dan James Lee (kanan).
Salah seorang pengasas galeri dan kurator pameran, Ng Si Juan berkata, pihaknya berjaya menarik perhatian pengunjung dengan pameran pertama mereka.
"Pengunjung yang datang terus terpesona dengan suasana penuh papan selaju dan raksasa Jepun yang besar di ruang pameran," katanya
Pameran yang menawarkan kemasukan percuma itu bertujuan untuk memberi ruang kepada seni, budaya skate, dan permainan bentuk seni yang lain untuk bersatu, dengan setiap papan luncur dihias karya seni berwarna-warni hasil gabungan pergerakan dan ekspresi diri.
Si Juan juga menegaskan bahawa pameran tersebut membuktikan bahawa seni bukan hanya terhad kepada kanvas biasa, tetapi juga boleh dijadikan medium tanpa batasan.
Hasil tangan seni karya Kamaboko yang diilhamkan dari genre filem Jepun Kaiju turut dipamerkan di pameran 'Ride For Art' di A4 Art Gallery, GMBB.
Dalam pameran itu, terdapat juga koleksi mainan dan patung oleh artis-artis yang dipamerkan untuk pengunjung bermain, memberi peluang kepada mereka merasai pengalaman berbeza dalam dunia seni.
Pameran itu dijangka berlangsung sehingga 21 Januari ini.
Dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang seni, reka bentuk, dan mainan, Si Juan berharap pameran itu akan menjadi satu lagi langkah penting dalam memperkenalkan seni budaya pop kepada khalayak yang lebih luas, selain memberi penghormatan kepada budaya skate dan pengaruhnya dalam dunia seni moden. — The Star/M. IRSYAD