TULANG mempunyai keupayaan untuk menjana semula atau regenarate, ia membuatkan seseorang tertanya-tanya tentang potensi gigi untuk melakukan perkara yang sama.
Gigi, sebaliknya, tidak mempunyai keupayaan untuk tumbuh semula.
Terdapat sekumpulan penyelidik Jepun merancang untuk mengubahnya dengan ubat eksperimen baharu yang akan membantu anda mendapatkan gigi semula.
BACA LAGI: Remaja dari Melaka sanggup datang PJ hadiri pameran PSM demi hobi kumpul setem
BACA LAGI: Tinggal tunggu permit, projek pemasangan paip Taman Cheras Idaman mula Februari tahun depan
Penyelidik Jepun telah membangunkan sebuah ubat secara eksperimen yang berpotensi membolehkan manusia menumbuhkan set ketiga gigi.
Percubaan klinikal bermula pada September dengan tumpuan untuk merawat anodontia kongenital — keadaan di mana individu dilahirkan dengan sedikit gigi.
Menurut The Japan Times, para penyelidik, termasuk mereka dari Hospital Kitano dan Hospital Universiti Kyoto, menyasarkan untuk menggunakan rawatan itu kepada orang yang kehilangan gigi secara kekal akibat kaviti dan masalah lain.
Kajian itu bermula dengan 30 lelaki berumur 30 hingga 64 tahun. Ia diikuti dengan ujian ke atas kanak-kanak berumur 2 hingga 7 tahun yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya empat gigi.
Rawatan itu berdasarkan penemuan protein yang dipanggil USAG-1, yang menghalang pertumbuhan gigi pada orang dewasa. Ubat baharu yang telah dibangunkan oleh penyelidik mengatasi protein ini.
Kajian haiwan terdahulu yang melibatkan tikus dan anjing, menunjukkan pertumbuhan gigi baru yang berjaya disebabkan oleh ubat tersebut.
"Kami mahu melakukan sesuatu untuk membantu mereka yang mengalami kehilangan atau ketiadaan gigi," kata Katsu Takahashi, ketua pergigian di institut penyelidikan perubatan di Hospital Kitano di Osaka.
"Kami tahu menekan USAG-1 memberi manfaat kepada pertumbuhan gigi. Apa yang kami tidak tahu ialah sama ada ia akan mencukupi," tambahnya.
Ujian klinikal akan berlangsung hingga Ogos tahun depan, dan jika berjaya, mereka merancang untuk menyediakan rawatan itu menjelang 2030. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram