Tinggal tunggu permit, projek pemasangan paip Taman Cheras Idaman mula Februari tahun depan


  • Massa
  • Jumaat, 27 Sep 2024

Kerja pemasangan paip bawah tanah di Taman Cheras Idaman dijangka bermula Februari. — Facebook/EdgeProp

KERJA-KERJA pemasangan paip bawah tanah di Taman Cheras Idaman, Kajang, Selangor dijangka bermula Februari tahun depan dan akan mengambil masa selama 10 bulan untuk disiapkan.

Projek itu adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan Selangor untuk meningkatkan bekalan air terawat di sekitar Lembah Klang.

Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Zon 9, Siti Razimi Abd Razak berkata, projek itu kini sedang menunggu permit penggalian.

Sebagai sebahagian daripada keperluan MPKj, satu sesi perjumpaan diadakan melibatkan penduduk berhampiran dan kontraktor yang dilantik.

“Saya mencadangkan waktu bekerja dihadkan kepada 9 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja dan setengah hari pada hari Sabtu.

"Ini akan dimuktamadkan oleh MPKj selepas permit dikeluarkan," kata Siti Razimi kepada StarMetro ketika ditemui pada sesi itu.

Siti Razimi: Project awaiting excavation permit.

Ahli Majlis Perbandaran Kajang Zon 9, Siti Razimi Abd Razak

Menurut Razimi, projek sepanjang 2.5 kilometer (km) itu tidak akan mengganggu kawasan perumahan bagi mengelak kesesakan dan ketidakselesaan penduduk.

Semasa sesi pertemuan, telah dimaklumkan bahawa paip akan dipasang di sepanjang jalan di sekitar taman perumahan.

Pihak kontraktor juga diminta oleh MPKj untuk menyediakan pelan pengurusan trafik.

Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Rakan, Juwita Bohari meminta kontraktor untuk menghentikan proses kerja pada waktu pelajar pulang sekolah.

"Kawasan itu mempunyai beberapa sekolah dan tadika, jadi kami mengambil berat tentang keselamatan dan lalu lintas," katanya.

Penduduk Taman Cheras Idaman, Tan Woon Ling meminta MPKj mengalihkan kenderaan terbiar bagi mengurangkan kesesakan di kawasan berkenaan.

Sementara itu, penduduk Taman Suria, Owee Ching Ween menggesa pihak berkuasa tempatan untuk mengenal pasti lokasi alternatif bagi pemasangan paip.

“Kawasan itu terlalu dekat dengan perumahan. Kami bimbang tentang kesan daripada jentera semasa pembinaan,” ujarnya.

Seorang lagi ahli majlis MPKj, Lim Kim Eng berkata, kebimbangan itu akan diutarakan kepada pihak berkuasa tempatan. — The Star/ FARID WAHAB

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram