Garis panduan pertolongan cemas dikemas kini, fokus pengurusan kejadian berisiko tinggi


  • Sihat
  • Isnin, 09 Dis 2024

Amat penting agar seseorang mengetahui cara menggunakan peti pertolongan cemas. — Gambar hiasan

GARIS panduan pertolongan cemas untuk orang awam dan petugas kecemasan kini dikemas kini dengan lebih meluas termasuk panduan untuk menguruskan dos berlebihan opioid, luka dada terbuka dan kecemasan lain.

Penyemakan semula itu dibuat oleh Persatuan Jantung Amerika (AHA) dan Palang Merah Amerika yang diterbitkan dalam jurnal Circulation.

Ini merupakan kemas kini secara menyeluruh buat pertama kali sejak 2010.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Berlarilah dengan senyuman', sakit kanser tahap 4 tidak halang Cikgu E sertai maraton, syukur miliki anak isteri penguat semangat

BACA LAGI: [VIDEO] Duduk Sweden pun tak lekang loghat Terengganu, rakyat Malaysia tabik legasi Pantai Timur tak lupa asal usul

photo_6249305655269769709_x

Mempunyai peti pertolongan cemas dalam simpanan boleh membantu menyelamatkan nyawa.

Pengerusi bersama kumpulan penulis garis panduan, Dr. Elizabeth Hewett Brumberg berkata, kemas kini itu dibuat bertujuan untuk menangani cabaran kesihatan awam yang semakin kompleks.

Ia juga bertujuan memberi peluang kepada orang ramai serta profesional terlatih untuk mempelajari kemahiran menyelamatkan nyawa yang semakin penting.

Untuk rekod, penulis garis panduan itu, Dr. Brumberg juga merupakan pensyarah di Universiti Pittsburgh.

"Pertolongan cemas melibatkan pengenalan kepada kecemasan yang berlaku, menilai keadaan individu tersebut dan memberi keutamaan kepada keperluan mereka.

"Latihan pertolongan cemas amat penting untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang betul bagi menyelamatkan nyawa serta mengurangkan kecederaan," ujar Dr Brumberg dalam kenyataan.

Kemas kini itu menegaskan semula amalan-amalan yang telah diterima dalam kalangan petugas kecemasan dan memberikan maklumat lebih terperinci tentang langkah-langkah pertolongan cemas asas.

Selain itu, ia juga membantu orang awam mengenali situasi yang memerlukan bantuan profesional serta cara menggunakan alat atau ubat yang ada dengan lebih berkesan.

Antara perubahan utama adalah perluasan skop garis panduan yang kini merangkumi situasi seperti dos berlebihan opioid, gigitan kutu serta keadaan apabila seseorang berasa lemah.

Ia juga menyentuh aspek pengurusan luka dada terbuka, pendarahan, sekatan pergerakan tulang belakang, sawan, strok haba, hipotermia, radang beku, sakit dada dan strok.

Dalam memberi pertolongan cemas, orang awam perlu bertindak mengikut kemampuan masing-masing dan memberi perhatian serta menghormati orang yang mereka bantu, kata Dr. Matthew J. Douma yang merupakan pengerusi bersama kumpulan penulis garis panduan.

Selain memegang jawatan sebagai pengerusi, beliau juga adalah seorang profesor di Universiti Alberta, Kanada. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram