[VIDEO] Bunuh 7 pelanggan pusat hiburan lepas diketawakan kalah bertaruh main pool, lelaki di Brazil kena penjara 136 tahun


  • Benua
  • Isnin, 09 Dis 2024

Tangkap layar video CCTV yang merakam kejadian pembunuhan kejam itu pada Februari tahun lalu. — Agensi

MASYARAKAT sering kali dikejutkan dengan laporan mengenai pembunuhan kejam mengerikan yang menjadi berita utama di dada akhbar.

Lebih mengejutkan, kejadian tersebut kadang kala berpunca daripada sebab yang remeh atau di luar logik manusia biasa.

Pada sekitar Februari tahun lalu, dua lelaki bertindak menembak mati tujuh individu termasuk seorang budak perempuan berusia 12 tahun selepas berang diketawakan apabila kalah bertaruh dalam satu permainan pool.

BACA LAGI: Penduduk Sepang disaran isi borang bantah nilai baharu Cukai Taksiran

BACA LAGI: [VIDEO] Towing terbabas rempuh 6 kenderaan termasuk motosikal di Sepang, 2 maut

Pembunuhan kejam itu berlaku pada 21 Februari 2023 di sebuah bar di Sinop, Mato Grosso, Brazil.

Kedua-dua penembak itu dikenal pasti sebagai Edgar Ricardo de Oliveira, 30, dan Ezequias Souza Ribeiro, 27.

Menurut laporan media tempatan, Oliveira sebelum itu tewas dalam permainan pool menentang salah seorang mangsa, dan kehilangan sekitar 4,000 reais (RM3,614) sebelum dia kembali bersama Ribeiro dan mencabar lawannya untuk kali kedua namun tewas turut tewas sekali lagi.

Kekalahan kedua terbabit kemudiannya menyebabkan orang ramai yang berada di pusat hiburan terbabit dan melihat perlawanan berkenaan ketawa.

Ekoran daripada itu, Oliveira bertindak mengambil senapang patah dari kereta berhampiran sebelum menembak kesemua mangsa.

Video daripada kamera litar tertutup keselamatan (CCTV) merakam detik-detik ketika pemilik pusat hiburan itu ditembak mati, diikuti oleh mangsa lain.

Seorang wanita yang turut berada di lokasi kejadian terselamat dalam kejadian tersebut.

6249278820314105949

Oliveira ketika dibicarakan pada Oktober tahun ini. — Agensi

Mangsa yang maut ialah Larissa Frasao de Almeida, 12, Orisberto Pereira Sousa, 38, Adriano Balbinote, 46, Getulio Rodrigues Frasao Junior, 36, Josue Ramos Tenorio, 48, dan pemilik pusat hiburan terbabit, Maciel Bruno de Andrade Costa, 35.

Mangsa ketujuh, Elizeu Santos da Silva, 47, meninggal dunia di hospital ketika menerima rawatan.

Menurut penyiasat, kedua-dua suspek meninggalkan bandar tersebut dengan mencari perlindungan di kawasan luar bandar.

Oliveira bagaimanapun kemudiannya berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa dengan Ribeiro maut ditembak mati oleh polis ketika operasi mencari suspek dijalankan.

Pada Oktober lalu, Oliveira dijatuhkan hukuman penjara 136 tahun oleh mahkamah di negara itu atas pembunuhan terbabit selain didenda bagi membayar pampasan terhadap keluarga mangsa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram