RUMAH sering dikaitkan dengan rasa selesa dan kehangatan, bukan hanya sekadar tempat tinggal bagi seseorang.
Bagi Linn Yong, seorang individu yang bergelar cef dan ibu kepada dua anak, rumahnya di Sabah menjadi tempat yang penuh bermakna setelah dua dekad menetap di sana.
Berasal dari Johor, Linn Yong memulakan kehidupannya di negeri Selatan tanah air itu sebelum berhijrah ke Singapura untuk menuntut ilmu dan bekerja dalam bidang reka bentuk industri.
BACA LAGI: Bumbung Indochina antara 5 gunung beriklim sejuk sesuai jadi 'port latihan' kaki hikers
Nasi pusaka Yong dengan tapai serai, wain padi, sotong dan kerang.
Namun, kehidupannya berubah apabila suami yang berasal dari Sabah memutuskan untuk kembali ke kampung halaman.
“Dulu saya seorang gadis bandar dan apabila terpaksa berpindah ke sebuah pekan kecil, ia menjadi pengalaman yang amat mencabar.
"Namun, saya melihat peluang untuk mencipta ruang yang selesa untuk diri saya sendiri,” kata Linn Yong yang menceritakan detik permulaan Ba Lin Roofgarden di Sandakan, Sabah terbentuk.
Meskipun menghadapi pelbagai cabaran termasuk masalah mencari cef yang sesuai, Linn Yong tetap meneruskan impiannya dalam dunia masakan.
Bahkan Linn Yong tidak gentar untuk mengenakan sendiri apron cef selepas tukang masak yang digaji untuk mengendalikan dapur restoran itu bermasalah.
Di Limau & Linen, Yong cuba memperkenalkan idea kelestarian dan menghargai bahan-bahan yang ada di Sabah.
Seiring berjalannya waktu, Linn Yong mendalami dunia kulinari dan membuka sebuah lagi restoran berkonsepkan kopitiam dinamakan San Da Gen yang memfokuskan hidangan pastri tradisional.
Dia juga memberi fokus kepada penggunaan bahan-bahan tempatan Sabah serta mengamalkan amalan mapan di restorannya termasuklah latok, engkabang dan beras bukit.
Setelah 10 tahun dalam perniagaan, dia membuka Limau & Linen di Kota Kinabalu untuk memberi lebih fokus kepada bahan tempatan serta meningkatkan kesedaran mengenai kelestarian alam sekitar.
Dari situ, lahirlah restoran seterusnya iaitu Limau & Linen yang dibuka di Kota Kinabalu.
Linn Yong bekerjasama dengan petani tempatan dan berusaha memperkenalkan bahan-bahan asli Sabah dalam menu dengan cara yang lebih bijak.
Antara hidangan yang mengetengahkan bahan tempatan adalah Garden of Eden, yang dihasilkan bersama komuniti petani wanita di Kundasang.
Dengan matlamat untuk mempromosikan kelestarian dan menghargai keunikan bahan-bahan tempatan Sabah, Yong percaya bahawa adalah penting untuk memastikan budaya dan warisan tempatan dihargai tanpa dieksploitasi di luar konteks asalnya. — The Star/ABIRAMI DURAI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram