Bumbung Indochina antara 5 gunung beriklim sejuk sesuai jadi 'port latihan' kaki hikers


  • Hobi
  • Ahad, 01 Dis 2024

Terdapat lima destinasi mendaki beriklim sejuk yang sesuai dikunjungi.

PASTINYA ramai pendaki di Malaysia yang semakin berminat untuk mencari pengalaman membuat pendakian di lokasi beriklim sejuk sebagai persiapan diri untuk menakluki puncak dunia yang lebih mencabar.

Pengalaman itu membolehkan pendaki membiasakan diri dengan suhu yang jauh berbeza daripada iklim tropika Malaysia.

Mereka juga dapat melatih ketahanan fizikal dan mental untuk menghadapi cabaran yang lebih ekstrem di gunung-gunung tinggi.

Pendakian di kawasan sejuk juga memberi peluang bagi seseorang untuk mempelajari teknik-teknik baru yang diperlukan dalam menghadapi persekitaran yang sukar.

Berikut adalah lima destinasi mendaki beriklim sejuk yang sesuai dijadikan latihan:

6197301864832286298

Gunung Bromo sesuai bagi pendaki dari Malaysia yang mahu merasai pengalaman mendaki dalam cuaca sejuk.

1. Gunung Bromo, Indonesia

Gunung Bromo yang terletak di Jawa Timur, Indonesia merupakan salah satu destinasi popular bagi pendaki dari Malaysia yang mahu merasai pengalaman mendaki dalam cuaca sejuk.

Dengan ketinggian 2,329 meter, suhu di kawasan itu boleh mencecah antara 5 hingga 20 darjah Celsius yang pastinya memberikan suasana berbeza berbanding iklim tropika di Malaysia.

Pendakian ke puncak Bromo bukan sahaja menawarkan pemandangan matahari terbit yang memukau, tetapi juga pengalaman unik melalui 'Lautan Pasir' yang mengelilingi kawah berapi aktif ini.

Destinasi itu amat sesuai sebagai latihan pendakian dalam cuaca sejuk sebelum mencuba cabaran lebih besar di pergunungan tinggi dunia.

6197301864832286297

Pergunungan Tatra memiliki ketinggian 2,655 meter.

2. Pergunungan Tatra, Poland-Slovakia

Pergunungan Tatra adalah sebahagian daripada banjaran Carpathian yang terletak di Eropah Tengah dengan ketinggian 2,655 meter di puncak Gerlachovsky.

Suhu di situ boleh turun hingga serendah -5 darjah Celsius terutamanya ketika musim sejuk.

Kawasan itu menawarkan pelbagai laluan pendakian yang sesuai untuk pendaki yang sudah berpengalaman dan juga sesuai buat pemula.

Pendaki akan diuji ketahanan fizikal dan mentalnya melalui melewati laluan berbatu, hutan tebal serta pemandangan tasik alpine yang indah.

Lokasi itu juga membolehkan pendaki kenal dengan konsep pendakian dalam keadaan bersalji dan ais yang datang digunakan sebagai persediaan penting untuk menuju gunung lebih tinggi.

6197301864832286299

Gunung Emei memberikan pengalaman mendaki yang unik dengan salji turut di beberapa kawasan.

3. Gunung Emei, China

Gunung Emei yang berketinggian 3,099 meter merupakan salah satu daripada Empat Gunung Suci Buddha yang terletak di Sichuan, China.

Pendakian ke situ membawa seseorang melalui laluan berliku yang dikelilingi oleh kuil kuno, hutan lebat dan pemandangan panorama dari pelbagai ketinggian.

Suhu di kawasan itu boleh turun hingga 0 darjah Celsius pada musim sejuk yang pastinya memberikan pengalaman mendaki yang unik dengan salji turut di beberapa kawasan.

Selain membuat pendakian, seseorang juga boleh mengetahui lebih mendalam mengenai budaya tempatan dengan mengunjungi kuil-kuil bersejarah di sepanjang perjalanan.

6197301864832286300

Gunung Hallasan terletak di Pulau Jeju, Korea.

4. Hallasan, Jeju

Gunung Hallasan yang terletak di Pulau Jeju, Korea merupakan kawasan pendakian yang popular di kalangan rakyat Malaysia.

Dengan ketinggian 1,947 meter, Hallasan adalah gunung tertinggi di Korea Selatan dan merupakan sebahagian daripada Taman Negara Hallasan.

Pendakian di kawasan itu menawarkan pemandangan indah sepanjang tahun termasuk hutan purba, formasi lava unik serta kawah gunung berapi di puncaknya.

Pendaki dapat memilih antara dua laluan utama iaitu melalui Seongpanak Trail atau Gwaneumsa Trail yang masing-masingnya memiliki tahap pendakian yang berbeza-beza.

Hallasan bukan sahaja memberi peluang latihan fizikal dan mental tetapi juga membolehkan pendaki menikmati keindahan semula jadi Korea Selatan yang menjadikannya destinasi wajib bagi kaki hikers dari Malaysia.

6197301864832286301

Fansipan adalah puncak tertinggi di Vietnam dan Semenanjung Indochina.

5. Fansipan, Vietnam

Digelar sebagai 'Bumbung Indochina', Fansipan adalah puncak tertinggi di Vietnam dan Semenanjung Indochina.

Pendakian di kawasan itu menuntut ketahanan tinggi kerana suhu kebiasaannya turun sehingga mencecah 0 darjah Celsius terutamanya pada awal pagi dan malam.

Laluan pendakian melalui hutan hujan tebal dan kawasan berbatu memberikan cabaran tersendiri.

Bagi individu yang sudah tidak larat untuk membuat pendakian, terdapat juga kereta kabel yang boleh membawa pengunjung untuk sampai ke puncak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram