[VIDEO] Pendakian awal pagi sajikan kejutan, 'hikers' kongsi jumpa 'makhluk' jarang jumpa


  • Hobi
  • Rabu, 06 Nov 2024

Ketam bukit air tawar adalah endemik kepada kawasan tertentu, malah ada yang masih belum dikaji atau didokumentasikan.

BANGUN awal bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan dan produktiviti, bahkan ia juga membuka peluang untuk menemui dunia hidupan liar yang tersembunyi daripada pandangan pendaki pada waktu tengah hari.

Memulakan perjalanan pada pukul 5 pagi memberikan anda kelebihan terutama jika membawa lampu kepala yang terang untuk membantu perjalanan bagi tempoh satu jam pertama yang masih gelap.

Waktu malam adalah yang paling gelap sebelum fajar. Dalam suasana sunyi ini, kita berpeluang melihat haiwan yang sukar ditemui, kembali ke sarangnya sebelum matahari terbit.

BACA LAGI: 'Terpaling mudahkan urusan', hikers beri pujian melambung, minta negeri lain contohi pengurusan cekap Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

BACA LAGI: [VIDEO] Sentiasa sarung jersi JDT dari Kulai ke Norway, anak jati Johor tetap setia saat kalah menang

6149875547459667790

Cicak pokok bertanduk yang terancam memanjat batang pokok, dengan latar belakang kehijauan yang subur.

Waktu sebelum subuh terutamanya hingga sekitar pukul 7 pagi adalah waktu yang ideal untuk melihat haiwan atau serangga kecil kerana haiwan nokturnal (aktif pada waktu malam), pulang ke habitat masing-masing manakala haiwan diurnal pula mulai aktif.

Burung-burung juga sering berkicauan yang memeriahkan suasana seiring perubahan langit dari biru pekat kepada jingga matahari menjelang waktu pagi.

Pada pendakian awal ke Bukit Laksamana, Pulau Pinang baru-baru ini, seorang pendaki, Krystal Khaw menemui seekor serangga yang belum pernah dijumpai walaupun setelah dua dekad mendaki di laluan bukit berkenaan.

Haiwan tersebut ialah ketam bukit air tawar.

Berbeza dengan ketam vampire Bukit Penang yang kecil dengan karapas (rangka luar atau cangkerang) hanya 1 sentimerer lebar, ketam itu memliki saiz sebesar tapak tangan manusia.

Tanah agak lembap selepas hujan dan ketika Krystal melintas di bawah sebuah pokok tumbang, dia melihat penjepit oren bergerak di bawahnya.

Pada mulanya, Krystal menyangka binatang itu sebagai kala jengking tetapi akhirnya menyedari bahawa ia adalah salah satu ketam bukit Pulau Pinang yang jarang ditemui.

Pendaki lain juga difahamkan pernah merakam gambar ketam-ketam itu yang biasanya berwarna kelabu zaitun pudar.

Tetapi penjepit oren terang menunjukkan bahawa itu adalah seekor ketam jantan besar.

Namun, ketam air tawar bukanlah biasa ditemui seperti ketam laut.

Sementara ketam laut menghasilkan ribuan larva, ketam air tawar hanya menghasilkan kurang 100 telur dengan saiznya lebih besar.

Telur berkenaan menetas menjadi ketam yang sudah terbentuk sepenuhnya, dengan induk menjaga anak-anaknya selama beberapa hari sehingga ia mampu bergerak bebas.

Memandangkan kadar pembiakan yang rendah dan kawasan pengedaran yang terhad, banyak spesies ketam air tawar adalah endemik kepada kawasan tertentu, malah ada yang masih belum dikaji atau didokumentasikan.

Mendaki bukan sekadar tentang berpeluh, mengukur jarak dan cuba mengatasi rekod pendakian sebelumnya, namun ia merupakan peluang untuk menghargai keajaiban alam semula jadi yang jarang ditemui.

Pada pagi sama, Krystal juga berpeluang merakam gambar seekor cicak pokok bertanduk betina, satu spesies yang hanya ditemui di kawasan pergunungan Malaysia dan tergolong dalam spesies yang terancam.

Selepas membuat pendakian itu, Krystal menitipkan pesanan agar pendaki memulakan pendakian pada waktu yang awal dan biarkan dunia alam semula jadi menunjukkan keajaiban yang tersembunyi. — Majoriti

*Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Majoriti*

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram