Konsert Sal Priadi ala-ala muzikal, peminat 'happening' siap dukung member ikut menari bersama


  • Hiburan
  • Isnin, 14 Okt 2024

Konsert Sal Priadi Zuzuzaza Live di Zepp Kuala Lumpur pada Ahad malam.

'WELCOME back to Kuala Lumpur', itulah kata-kata yang ditulis menerusi sebuah plakad yang dibawa peminat pada konsert Sal Priadi Zuzuzaza Live sebagai tanda mengalu-alukan kehadiran artis indonesia itu ke Zepp Kuala Lumpur (KL) pada Ahad malam.

Konsert itu dibanjiri ramai peminat yang sanggup beratur panjang demi mewujudkan malam galau yang tidak dapat dilupakan.

Sal Priadi, yang terkenal dengan lirik-lirik puitis yang mendalam berjaya membuat penonton terkenang momen-momen penting dalam hidup mereka.

BACA LAGI: Artis seni P. Pinang bawa nama Malaysia bersaing di peringkat Asia Tenggara, rebut hadiah lebih RM40,000

BACA LAGI: 'Tak perlu banding, lebih baik kita puji,' ibu gembira dua anak autisme bijak hasilkan tenunan Japanese Saori

6080250408149826939

Sal Priadi membawakan persembahan yang mengagumkan di Zepp Kuala Lumpur.

Buktinya, ramai peminat berkongsi kenangan indah bersama cinta hati mereka sewaktu radio khas, Fufufu tersambung untuk membolehkan Sal berinteraksi bersama peminat.

"Saya suka dengar lagu I'd Like To Watch You Sleeping.. lagu itu sangat istimewa untuk orang yang ada teman wanita.

"Saya ada teman wanita tetapi percintaan jarak jauh, petang tadi barulah dapat berjumpa setelah sekian lama," kata peminat, Adam yang mengenang kisah cintanya.

6082272667731345245

Konsert Sal Priadi buat peminat rasa seakan-akan persembahan muzikal.

Pemilik nama sebenar Salmanto Ashrizky Priadi itu menjayakan konsert berkenaan untuk mempersembahkan kepada peminat lagu-lagu dari album keduanya ‘Markers & Such Pens Flashdisks’.

Antara lagu yang terkandung berjudul Kita Usahakan Rumah itu; Mesra-mesraannya Kecil-Kecilan Dulu; Lewat Sudah Pukul Dua, Makin Banyak Bicara Kita; Dari Planet Lain; Yasudah, Foto Kita Blur, Semua Lagu Cinta, Episode, Zuzuzaza; Gala Bunga Matahari dan banyak lagi.

Gaya penyampaian Sal Priadi yang penuh jiwa dan ekspresi memperkuatkan lagi emosi, membuatkan ramai yang mendengar merasa tersentuh.

Contohnya, apabila lagu Gaya Bunga Matahari dan Amin Paling Serius menggegar pentas, rata-rata peminat dilihat merenung dan menghayati makna di sebalik setiap perkataan.

6082272667731345246

Sal Priadi buat peminat rasa pengalaman yang penuh tenaga dan keterujaan.

Lebih mengujakan, sewaktu Sal Priadi menyanyikan lagu rancak seperti Kita Usahakan Rumah Itu, para peminat berasa begitu 'happening' sehingga ikut menari.

Terdapat juga peminat yang mendukung rakannya gara-gara terlalu riang mendengar alunan muzik yang digemari.

Para penonton turut disajikan dengan paparan audio visual yang kreatif, direka khas untuk menonjolkan jalan cerita setiap lagu yang dinyanyikan oleh Sal Priadi.

Tidak hanya menampilkan nyanyian biasa, setiap persembahan yang dibuat disertakan elemen teater seperti jalan cerita, lakonan, koreografi dan penampilan penari latar yang berinteraksi dengan muzik yang dimainkan.

Visual dramatik dan penceritaan yang jelas di pentas itu membuatkan peminat berasa seakan-akan berada di persembahan muzikal.

"Macam tengok muzikallah, tak bosan. Seronoknya!," itulah kata-kata yang didengari dari mulut peminat sewaktu menyaksikan konsert itu.

Pencahayaan, sound system yang hebat, serta suasana di Zepp Kuala Lumpur pasti akan menambah keunikan dan keintiman acara ini, menjadikannya sebuah pengalaman yang penuh tenaga, emosi dan keterujaan.

Untuk rekod, konsert berkenaan merupakan konsert berskala besar kali pertama yang dibuat oleh Sal Priadi dalam siri jelajah ‘Sal Priadi Zuzuzaza Tur 2024’ selepas melakukan showcase album di Kuala Lumpur pada tahun lepas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram