Senam angkat berat boleh bantu kuatkan tulang wanita hampiri fasa menopaus


  • Sihat
  • Ahad, 29 Sep 2024

Angkat berat antara senaman yang digalakkan untuk wanita menghampiri fasa menopaus. — Gambar hiasan/Agensi

MENOPAUS merupakan fasa hidup yang sememangnya akan dilalui oleh setiap manusia tidak kira lelaki mahupun wanita.

Bagi wanita, tanda-tanda menopaus dilihat apabila terhentinya haid secara kekal dan kebiasaannya akan berlaku pada usia sekitar 45 hingga 55 tahun serta berbeza mengikut tahap kesihatan individu.

Fasa itu juga memberi kesan kepada kekuatan tulang kerana didorong oleh perubahan hormon, terutamanya penurunan pengeluaran estrogen dan progesteron.

BACA LAGI: [VIDEO] Peniaga Thailand gunakan 'oil spinner' buang lebihan minyak, jadikan makanan bergoreng lebih sihat

BACA LAGI: Terkejut situasi obesiti di Malaysia, Lee ambil langkah berani buka Salad Atelier sedia makanan sihat

menopause

Terdapat beberapa perubahan fizikal dialami para wanita yang menghampiri fasa menopaus. — Gambar hiasan/Agensi

Justeru, Pakar Kesihatan Wanita dan Perubatan Keluarga di Mayo Clinic Healthcare, London, United Kingdom, Dr May Al-Araji menyarankan agar para wanita mempersiapkan diri dengan melakukan senaman angkat berat.

Dr May berkata, senaman itu boleh membantu meningkatkan kekuatan tulang dan mengurangkan risiko penyakit Osteoporosis (penyakit akibat menurunnya kepadatan tulang dan penurunan kemampuan regenerasi tulang dalam serta ketidakmampuan mengatur kandungan mineral di dalam tulang).

"Menopaus boleh menjejaskan perubahan fizikal termasuk kulit, rambut, otak, sistem saraf, jantung, organ dalaman dan rangka anda.

"Senaman angkat berat adalah kunci untuk kesihatan tulang. Sebagai contoh, boleh bermula dengan dumbbell, barbell atau menggunakan berat badan sebagai beban ketika bersenam," katanya.

Amalan pemakanan sihat

Pemakanan-Seimbang

Amalan pemakanan sihat adalah sangat penting untuk kekuatan tulang. — Gambar hiasan

Selain senaman, menjaga pola pemakanan dengan mengutamakan makanan kaya dengan kalsium dan vitamin D iaitu susu, bijirin, ikan berlemak kaya Omega 3 seperti salmon, sardin termasuk produk tenusu lain.

Dr May pada masa sama menekankan kepentingan mengekalkan berat badan ideal kerana penurunan berat secara drastik juga tidak bagus untuk kesihatan wanita yang akan menopaus.

"Jika tidak dapat cukup Vitamin D, cuba ambil suplemen atau makanan tambahan. Cuba elakkan penurunan berat badan yang cepat, tak bagus untuk tulang.

"Bagaimanapun, wanita yang berisiko tinggi untuk Osteoporosis jika mereka mengambil ubat tertentu atau mempunyai sejarah keluarga dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar," katanya.

Masalah tulang

1673576769-35.-Tulang-Punggung-Sakit-(1)

Sakit pada tulang belakang antara tanda-tanda awal untuk mula bersenam. — Gambar hiasan/Agensi

Disebabkan itu, terdapat beberapa tanda yang harus diambil perhatian bagi mengenal pasti tahap kesihatan tulang khususnya untuk wanita menopaus.

- Mengalami rasa panas pada tulang.

- Tulang sakit.

- Terjatuh atau tergelincir sehingga menyebabkan patah tulang.

- Mengambil ubat menguatkan sistem imun badan yang dikenali sebagai imunosupresan.

- Mempunyai sejarah keluarga menghidap Osteoporosis.

- Mempunyai penyakit auto imun seperti rheumatoid arthritis.

Secara umumnya, kebimbangan tentang kesihatan tulang tidak seharusnya menjadi alasan untuk para wanita mengelak daripada melakukan senaman.

"Selagi anda melakukan sesuatu yang anda selesa, maka saya akan menggalakkan apa jua bentuk senaman, walaupun semudah berjalan.

"Berjalan pantas adalah paling mudah. Hanya buat jantung mengepam sedikit lebih daripada biasa untuk anda dan dapat keluarkan sedikit peluh. Itulah latihan yang ideal dan nasihat umum adalah berjalan 30 minit sekurang-kurangnya lima kali seminggu jika boleh," jelasnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram