PENGUSAHA pelancongan yang melanggar undang-undang akan dibatalkan lesen operasinya, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS), Datuk Christina Liew.
Beliau berkata demikian berikutan penahanan 11 orang, termasuk lapan warga China yang didakwa menceroboh perairan Filipina semasa ekspedisi memancing dari Semporna, Sabah pada Ahad lepas.
“Kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelaku kegiatan yang tidak dibenarkan,” kata Liew pada Selasa.
BACA LAGI: Individu pertama lukis mural Sultan Pahang sampai diperkenan, Suhaimi Ali pernah 'terbang' hasilkan mural sampai ke di Indonesia
BACA LAGI: Dari kelas belakang ke 'selempang pink' UiTM, kreativiti pasangan kembar pikat pengguna TikTok
Datuk Christina Liew menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelaku aktiviti pencerobohan.
Beliau berkata, pengusaha pelancongan harus sedar bahawa menceroboh wilayah negara lain adalah haram dan menyalahi undang-undang.
“Kami (Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar) akan meminta Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (Motac) untuk membatalkan lesen pengusaha pelancongan yang didapati melanggar undang-undang,” katanya dengan tegas.
Liew mengecam tindakan pengusaha pelancongan kerana meletakkan pelancong dalam bahaya yang tidak sepatutnya.
Beliau berkata, KePKAS akan bekerjasama sepenuhnya dengan agensi penguatkuasaan seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan polis marin dalam mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pemain pelancongan yang ingkar. — The Star/Stephanie Lee
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram