MALAS gosok gigi adalah satu masalah yang sering dihadapi ramai orang walaupun perkara itu sangat penting untuk kesihatan mulut.
Amalan menggosok gigi secara berkala perlu dibuat bagi membantu menghilangkan plak dan bakteria yang boleh mengundang pelbagai masalah gigi dan gusi.
Apabila seseorang malas menggosok gigi, plak yang terbentuk pada gigi tidak dapat dibersihkan dengan baik.
BACA LAGI: Mahu buat aktiviti larian tapi takut serangan asma, ketahui tip bantu elak risiko kesihatan
BACA LAGI: Alami menopaus tapi masih ada darah keluar, waspada anda mungkin ada simptom kanser rahim
Gambar gigi pesakit yang sama sekali tidak pernah mencuci gigi.
Plak ini boleh mengeras menjadi karang gigi yang sukar dihilangkan, sekali gus tempat berkembangnya bakteria.
Situasi sedemikian banyak berlaku kepada segelintir individu yang kurang menitikberatkan penjagaan gigi yang baik.
Buktinya, dalam satu hantaran menerusi media sosial, Dr Muhammad Arifuddin Syahril tampil menjelaskan tentang keadaan yang dihadapi pesakitnya yang berdepan masalah karang gigi.
"Pesakit adalah rakyat Myanmar yang berumur 40-an dan tidak pernah langsung mencuci gigi.
"Dia ke klinik pun sebab kawan suruh. Kir-kira 40 minit juga perlu berusaha mengurangkan masalah karang giginya," katanya.
Tampil menjelaskan lanjut, Dr Arifuddin menjelaskan mengenai kesan terbentuknya karang gigi.
1. Nafas berbau (halitosis).
Menerusi kajian International Journal of Oral Science, bau mulut adalah masalah umum yang disebabkan oleh karang gigi.
Pembentukan bakteria di sekitar karang gigi dapat menghasilkan senyawa sulfur hingga menghasilkan bau yang tidak menyenangkan.
Ini dapat mempengaruhi keyakinan diri seseorang untuk berdepan dengan orang ramai.
Selain masalah kesihatan, karang gigi juga dapat mengganggu seseorang untuk berketerampilan baik.
Ini kerana, karang gigi sering kali menyebabkan perubahan warna pada gigi seperti kekuningan yang dapat mempengaruhi senyuman seseorang.
Gambar gigi pesakit selepas mencuci gigi (scaling).
2. Masalah gusi (gingivitis).
Menurut kajian yang diketengahkan Journal of Periodontology, salah satu kesan karang gigi adalah meningkatkan risiko penyakit gusi.
Karang gigi menyediakan permukaan kasar yang ideal untuk pertumbuhan bakteria di dalam mulut seseorang.
Bakteria menyebabkan keradangan tisu gusi yang boleh berkembang daripada gingivitis (keradangan gusi ringan) kepada periodontitis (penyakit gusi yang lebih serius).
Periodontitis boleh merosakkan tisu penyokong gigi dan tulang rahang, yang berpotensi menyebabkan kehilangan gigi.
Penyelidikan menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara penyakit gusi dan keadaan sistemik seperti penyakit jantung, diabetes dan strok.
3. Periodontitis
Menurut Persatuan Pergigian Amerika Syarikat (ADA), karang gigi terbentuk apabila plak mengeras boleh menyebabkan masalah serius pada kesihatan di dalam mulut termasuk periodontitis.
Periodontitis adalah sejenis penyakit gusi yang boleh merosakkan tisu penyokong gigi dan tulang rahang.
Selain itu, periodontitis juga boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan umum kerana bakteria di mulut boleh masuk ke aliran darah dan mempengaruhi organ lain seperti jantung.
Gigi mudah goyang jika ada karang gigi.
4. Gigi rosak akibat karang tebal
Menurut kajian yang didedahkan ADA, karang gigi yang mengeras boleh menutup kawasan tertentu hingga memungkinkan berlaku kerosakan gigi atau masalah lain.
Apabila kerosakan gigi tidak dikesan dengan segera, ia boleh memburuk sehingga menyebabkan masalah yang lebih serius seperti jangkitan atau kehilangan gigi.
5. Gigi mudah goyang
Karang gigi yang tidak dirawat boleh menyebabkan radang gusi yang berlarutan dikenali sebagai periodontitis.
Apabila tulang rahang yang menyokong gigi hilang, gigi kehilangan sokongan yang diperlukan untuk kekal teguh sehingga menyebabkan ia goyang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram