WANITA manalah yang tidak mengimpikan jejaka yang tepat bagi menjadi pemimpin yang mampu menggenggam tangan mereka hingga ke syurga.
Begitu jugalah bagi seorang pelakon popular sinetron Indonesia, Keira Shabira yang namanya terkenal sejak banyak muncul dalam drama sinetron.
Tidak hanya itu, pelakon cantik berkenaan juga semakin dikenali ramai apabila beberapa filem yang dilakonkan mulai 'terbang' ke Malaysia.
BACA LAGI: Pernah cetus kontroversi di Indonesia, Dua Surga Dalam Cintaku rungkai kemanisan poligami
BACA LAGI: Tak terlintas berhenti menyanyi, Naufal Azrin hanya serik jumpa orang jenis 'rembat duit'
Keira Shabira berharap mampu menemukan cinta hati.
Antara filem yang berjaya memasuki pasaran Malaysia adalah Pelet Tali Pocong dan filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi iaitu Dua Surga Dalam Cintaku.
Selepas berjaya melebarkan sayap ke negara jiran, Keira berkata, dia juga terbuka hati untuk menerima cinta jejaka daripada Malaysia.
"Jejaka dari Malaysia? Kenapa pula tidak! Saya memang ada kawan-kawan dari Malaysia yang tinggal di Indonesia," katanya kepada Majoriti.
Antara rakannya yang merupaka pelakon Indonesia berasal Johor adalah seorang hero bagi filem terbaharunya iaitu Aliff Alli.
"Aliff kawan saya sejak 2010 sebab dia pun banyak berlakon drama Sinetron," katanya.
Pelakon drama Malaikat Tak Bersayap itu turut menyenaraikan beberapa ciri lelaki yang berkemungkinan mampu memikat hatinya selepas kira-kira dalam sekitar tujuh tahun tidak bercinta.
Keira mahu lelaki yang lembut dalam pertuturan untuk menjadi jodohnya.
Tidak terlalu menitik beratkan rupa, Keira berkata, yang paling penting adalah karakter seseorang.
"Saya titik beratkan karakter kerana wajah semua orang akan berubah bila sudah tua nanti," katanya.
Mengulas lanjut, wanita berasal Jakarta itu berkata, dia mahu seseorang yang lembut dalam pertuturannya agar mampu membuatnya sentiasa tersenyum.
"Terasa nyaman untuk berada dekat dengan orang sebegitu. Bila bercakap pun guna nada yang lembut dan sopan," katanya.
Tidak hanya itu, Keira juga mengidamkan lelaki yang menjaga solat agar hubungan dengan ALLAH terpelihara.
"Macam karakter hero dalam drama Dua Surga Dalam Cintaku. Melindungi isteri dan memimpin isteri. Lelaki itu pemimpin jadi kena pilih yang jaga solat," katanya.
Dia yang berusia 33 tahun itu juga mahu mencari jodoh agar boleh bersama-sama melancong ke luar negara.
"Sunyi juga. Keira sudah travel ke banyak negara seperti Jepun, Korea dan Paris. Jadi best kalau ada someone yang boleh pergi bersama untuk melancong.
"Selama ini saya melancong dengan kawan-kawan," katanya.
Selain negara berkenaan, Keira berkata, dia juga sudah ke tanah suci sebanyak tiga kali untuk menunaikan ibadah umrah.
"Sebab saya memang ada darah kacukan Arab jadinya ada keluarga saya yang tinggal di sana.
"Ibu bapa saya pun kerap ke sana," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram