KYLIE Jenner sekali lagi mendedahkan tentang perjuangannya melawan kemurungan selepas bersalin yang dikatakan menjadi punca dia mengubah nama anak lelakinya sebanyak dua kali sebelum memutuskan untuk menggunakan nama Aire.
Usahawan kosmetik berusia 27 tahun itu berkata, walaupun sudah pernah menukar nama anak lelakinya, dia bertindak mengubah nama sekali lagi kerana berasa gagal untuk membuat pilihan yang tepat meskipun mengambil selama setahun untuk membuat keputusan.
“Awalnya, nama anak saya Wolf, kemudian ditukar menjadi Knight untuk tempoh yang lama sebelum ditukar menjadi Aire," katanya.
BACA LAGI: Hampir tarik diri kehilangan ibu mentua, Dayana Ahmad sebak dinobat juara K2K Idol
BACA LAGI: Gusti lengan, muzik sama-sama sebati dalam jiwa Daniesh Suffian
Kylie memiliki dua anak bersama Travis Scott.
Tentang perubahan nama anak lelakinya, Jenner berkata, sindrom baby blues yang dialaminya mengundang rasa tidak mampu untuk membuat keputusan.
"Apabila bercakap dalam telefon dengan ibu saya sepanjang hari, saya menangis teresak-esak kerana tidak mampu memikirkan namanya.
"Saya rasa sangat gagal kerana tidak dapat menamakannya dengan tepat lagi," katanya.
Sebelum ini, pada Mac 2022 iaitu sebulan selepas melahirkan bayi tersebut, Jenner mengumumkan bahawa nama bayinya bukan lagi Wolf tanpa mendedahkan nama baharu bagi anaknya itu.
Bagaimanapun, pada Jun 2023 iaitu 16 bulan selepas kelahiran bayi lelaki itu, Jenner membuka mulut tentang nama anak lelakinya yang telah diubah secara sah kepada Aire.
"Sekarang nasihat saya kepada semua rakan yang bercadang menimang cahaya mata untuk pilih nama terlebih dahulu.
"Kerana apabila hormon datang, anda tidak mampu membuat keputusan. Anda tidak boleh," katanya.
Untuk rekod, Aire dan anak perempuannya, Stormi merupakan anak Kylie bersama bekas kekasihnya iaitu penyanyi rap, Travis Scott. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram