
PENGUNJUNG yang memasuki ke daerah Kuala Terengganu disambut oleh sebuah bangunan yang teguh dan megah berdiri berhampiran jambatan Pulau Sekati iaitu Muzium Negeri Terengganu.
Muzium tersebut berfungsi sebagai pintu masuk bagi pemandu yang tiba dari Lebuhraya Pantai Timur.
Muzium yang terdiri daripada empat blok bersambung, muzium maritim dan lima buah rumah tradisional itu telah beroperasi sejak 1984.
BACA LAGI: [VIDEO] Fire show, sukan ATV jadikan percutian di Avani Sepang Goldcoast lebih mengujakan
Replika kereta api yang menggambarkan sejarah perlombongan di Bukit Besi, Dungun.
Di dalamnya, terdapat beberapa galeri yang dikhaskan untuk sejarah diraja serta tekstil, kraf, sains, budaya dan kesenian Islam zaman dahulu.
Bahagian luaran dindingnya dihiasi dengan motif geometri manakala bumbungnya diilhamkan daripada rumah kampung lama, melahirkan suasana nostalgia.
Kedai cenderamata di dalam Muzium Negeri Terengganu menjual pelbagai barangan yang membawa simbol negeri itu.
Muzium tersebut juga dikelilingi taman yang subur di mana pengunjung boleh mengambil gambar di sekitar kawasannya.
Ia dibuka setiap hari bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang kecuali pada hari Jumaat dan cuti umum.
Bayaran kemasukan ialah RM5 (dewasa), RM2 (kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun), RM15 (warga asing) dan RM10 (kanak-kanak warga asing). — The Star/FARID WAHAB
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram