Jumpa rambut dalam makanan? Menggelikan tapi doktor beri alasan selamat dimakan


  • Sihat
  • Isnin, 22 Jul 2024

Rerambut yang terdapat dalam makanan tidak bahaya.

PASTINYA kita pernah berdepan situasi terjumpa rambut di dalam hidangan sewaktu sedang enak menjamu selera.

Perkara itu membuatkan kita keliru sama ada mahu meneruskan untuk memakan hidangan itu ataupun tidak.

Tampil menjelaskan isu itu, seorang profesor yang bertugas di Jabatan Sains Makanan, Pemakanan dan Pembungkusan di Clemson Universiti, South Sarolina, Angela M. Fraser menjelaskan bahawa terdapat beberapa jenis bahaya utama yang boleh berada di dalam makanan seseorang.

BACA LAGI: Normah Damanhuri bersengkang mata belajar kecek Kelate demi Jogho

BACA LAGI: 'So many medical error', doktor kritik drama tempatan gara-gara ultrasound lipas dalam perut

WhatsApp Image 2024-07-21 at 9.49.14 PM

Kehadiran rambut dalam makanan sebenarnya tidak berbahaya.

"Ketika menilai keselamatan pada makanan, kami meneliti tentang bahaya dari sudut biologi, kimia dan fizikal," katanya.

Bahaya biologi adalah dalam bentuk makhluk hidup, contohnya mikroorganisma dan bakteria.

Bahaya kimia pula berasal daripada bahan pembersih yang sama ada sengaja atau tidak sengaja ditemukan dalam makanan.

Manakala bahaya fizikal adalah seperti rambut, tulang atau kepingan logam yang tidak sepatutnya ada dalam makanan.

Menurut Fraser, bahaya biologi dan kimia yang perlu dititikberatkan kerana mampu mengaktifkan tindak balas sistem imun dan boleh menyebabkan penyakit.

"Contohnya, bakteria jenis salmonella yang terdapat dalam ayam yang kurang masak boleh menyebabkan keracunan makanan," katanya.

Bagaimanapun, bahaya fizikal seperti rambut tidak menyebabkan terjadinya penyakit.

Sudah tentu, jika ada sesuatu serpihan yang besar seperti kepingan kaca, ia boleh menyakitkan badan jika ditelan atau menyebabkan tercekik.

Bagaimanapun, sehelai rambut tidak akan menyebabkan sebarang masalah.

Dalam erti kata lain, rambut yang terdapat dalam makanan tidak akan menyebabkan anda sakit walaupun bagi sesetengah orang mungkin berasa jijik sehingga termuntah.

WhatsApp Image 2024-07-21 at 9.45.02 PM

Aiskrim yang terjatuh berpotensi dicemari bakteria.

Bolehkah seseorang memakan sesuatu yang sudah terjatuh pada lantai?

Walaupun makan rerambut tidak menjadi masalah, lain pula ceritanya jika anda memakan sesuatu yang sudah jatuh pada lantai.

Sementara itu, menurut seorang profesor mikrobiologi makanan di Cornell University, Randy Morobo, keadaan lantai yang kelihatan bersih dan berkilat tidak menjamin keselamatan sesuatu makanan kerana risikonya masih ada.

"Dalam masa kurang dalam lima saat, makanan itu boleh tercemar. Jangan beri alasan belum lima saat lagi jatuh untuk ambil semula makanan itu," katanya.

Mengikut kajian dalam Applied and Environmental Microbiology, dalam sesetengah kes, pemindahan bakteria dalam makanan boleh berlaku kurang dari satu saat.

Meskipun masa sentuhan yang lebih lama menyebabkan banyak pemindahan bakteria boleh berlaku, faktor seperti jenis makanan dan permukaan yang jatuh juga memainkan peranan.

Antara jenis makanan yang dilihat mudah tercemar adalah seperti tembikai, roti, mentega dan gula-gula bergetah.

"Tembikai adalah makanan yang paling banyak tercemar, manakala gula-gula getah pula paling sedikit.

"Makanan basah akan lebih tercemar daripada makanan kering," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram