
UMUM mengetahui kepentingan memberus gigi yang sering diajar ketika masih kecil.
Rakyat Malaysia pasti tahu lagu 'bangun pagi, gosok gigi'. Namun, seramai manakah yang tahu kekerapan menggosok gigi? Adakah terdapat perkara seperti menggosok gigi secara berlebihan?
Persatuan Pergigian Amerika (ADA) mengesyorkan untuk menggosok gigi sebanyak dua kali sehari dan luangkan masa selama dua minit setiap kali menggosok.
BACA LAGI: Kena kencing tikus sampai ditidurkan, peka bahaya penyakit bawaan mamalia
Sesetengah orang kerap memberus gigi untuk mendapat kesegaran lebih-lebih lagi sejurus selepas makan atau sebelum keluar temu janji.
Walaupun tabiat itu tak semestinya buruk, tetapi memberus gigi secara berlebihan dan terlalu lama atau terlampau agresif boleh merosakkan gigi.
Berus gigi perlu ditukar setiap enam bulan, atau lebih awal daripada tempoh tersebut jika berus gigi cepat haus.
Kerap memberus gigi juga boleh menyebabkan risiko enamel gigi haus dan merosakkan gusi anda yang boleh menyebabkan gigi menjadi sensitif sekali gus mudah terdedah kepada kaviti.
Bagaimana nak tahu jika anda sebenarnya memberus gigi secara berlebihan tanpa menyedarinya? Ini semua berkait rapat dengan teknik dan alatan.
Anda sebaik-baiknya perlu memikirkan bahawa memberus gigi adalah seperti 'mengurut' yang perlu dilakukan secara lembut dan bukannya menggosok dengan kasar.
Jika anda baru sahaja selesai makan, tunggu sekurang-kurangnya 30 minit sebelum memberus.
Hal itu adalah untuk menyeimbangkan PH (tahap keasidan atau kealkalian) di dalam mulut untuk kembali normal dan mengurangkan risiko asid merosakkan enamel apabila mulut terdedah.
Bercakap mengenai berus gigi, ia sewajarnya perlu digantikan dengan yang baharu apabila bulunya sudah kembang dan haus.
Doktor gigi menasihatkan untuk menukar berus gigi setiap enam bulan, atau lebih awal daripada tempoh tersebut jika berus gigi cepat haus.
Ini kerana bulu yang rosak akan menjadikannya sangat kasar dan tidak selamat untuk gigi anda sehinggakan memberus gigi pada kekerapan yang disyorkan boleh menjadi terlalu banyak! — The Star/SYAUQI JAMIL
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram