Rebut wang tunai RM5,000, Suria FM anjur 'K188 Challenge: Ada Bran X Suria.'


  • Hiburan
  • Jumaat, 26 Jul 2024

Pesta Kuantan 188 2024 bakal berlangsung di Menara Kuantan 188 pada 2 hingga 4 Ogos ini.

STESEN radio Suria FM menawarkan wang tunai bernilai RM5,000 khas buat pengunjung Pesta Kuantan 188 2024 yang bakal berlangsung di Menara Kuantan 188 pada 2 hingga 4 Ogos ini.

Pengunjung berpeluang merebut wang tunai tersebut dengan menyertai cabaran 'K188 Challenge: Ada Bran X Suria.'

Langkah-langkah untuk menyertai adalah peserta perlu memuat naik video berdurasi maksimum dua minit di mana-mana platform media sosial dan tag akaun Kuantan 188 serta Suria FM, dan sertakan tanda pagar (hashtag) #AdaBranXSuria.

BACA LAGI: ‘Kejayaan ini hasil usaha dan komitmen anak-anak buah saya’, DJ Lin terharu Suria FM raih Anugerah Asia-Pasific Broadcasting+ 2024 di Singapura

BACA LAGI: Suria FM, FAMA 'payung' makan 100 pendengar

~ai-00f67f34-71e2-4b18-9df2-397c711e19d5_

Langkah-langkah menyertai K188 Challenge: Ada Bran X Suria.

Untuk menyertai cabaran tersebut, peserta perlu mendaftar dan memuat naik video melalui borang pendaftaran di Gotifi.com.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin) dalam satu kenyataan, Suria FM meluahkan rasa keterujaan kerana menjadi sebahagian daripada pesta itu tahun ini.

“Kami di Suria FM amat berbesar hati menjadi radio rasmi bagi Pesta Kuantan 188 2024.

"Festival tahunan ini bukan sahaja meraikan ulang tahun keputeraan Sultan Pahang (Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ) dan Tengku Ampuan Pahang (Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah), tetapi juga mengukuhkan silaturahim dengan rakyat jelata melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.

~ai-00f67f34-71e2-4b18-9df2-397c711e19d5_

Terma dan syarat penyertaan K188 Challenge: Ada Bran X Suria.

Buat warga Pahang, khususnya pendengar setia Suria FM, jom meriahkan Pesta Kuantan 188 2024 dan jangan lupa sertai K188 Challenge: Ada Bran X Suria,” kata DJ Lin.

Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan penyampai Suria FM dan ambil bahagian dalam cabaran menarik ini. Datanglah beramai-ramai ke Pesta Kuantan 188 2024 untuk merasai sendiri kehangatan dan keseronokan acara ini!

Pesta Kuantan 188 tahun ini bakal menyajikan pelbagai aktiviti menarik seperti Konsert Pesta Kuantan 188 yang menampilkan barisan artis antarabangsa dan tempatan seperti Melly Goeslaw, DEFAM, Black Hanifah, dan Dato Jamal Abdillah.

Selain itu, terdapat juga K188 Fun Race yang terdiri daripada Perlumbaan Basikal 66KM, Fun Run 10KM & 5KM, dan Fun Walk 3KM.

Juga saksikan pelancaran K188 e-Battle, Kejohanan Royal Pahang F3000 Powerboat, K188 Cars and Coffee serta banyak lagi!

Maklumat lanjut, layari laman web Suria FM atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram