
JENAMA jam tangan eksklusif, Longines kini melancarkan model jam tangan terbaharunya di bawah koleksi The Conquest.
Model generasi baharu yang menjadi tambahan kepada koleksi The Conquest yang dilancarkan pada 2023 dan direka untuk lelaki dan perempuan itu bersempena ulang tahun ke-70 jenama Longines.
Dengan menggabungkan ciri elegan, lasak dan keanggunan yang sesuai untuk kegunaan harian, koleksi jam generasi terkini itu dihadirkan dengan pelbagai saiz, warna dan material.
Bagi jam tangan terbaharu koleksi The Conquest berukuran 34 milimeter (mm) yang dilancarkan pada musim panas 2024, ia didatangkan dengan tiga versi warna iaitu hijau, pink dan biru.
Elegan dan bersahaja, permukaan jam The Conquest mempunyai lingkaran luaran berwarna perak, sekali gus menyerlahkan lagi warnanya di samping rekaan sebanyak 11 penanda masa dalam rona silver.
Apertur atau petunjuk tarikh diletakkan di bahagian angka 6 manakala penanda masa pada pukul 3, 9 dan 12 disalut dengan Super- LumiNova® bagi membolehkan si pemakai melihat masa dengan sangat optimum sepanjang hari sama ada siang atau malam.
Untuk memastikan keselesaan pemakai, jam tangan The Conquest disertakan bersama antara lain gelang keluli tahan karat dengan kemasan pemegang keselamatan tiga kali ganda.
Bagi penggayaan berbeza, pemakai ada pilihan tali getah berwarna dengan motif jam pasir yang dilengkapi dua pemegang keselamatan dengan pelarasan mikro.
Versatiliti rekaan model di bawah koleksi The Conquest berupaya menyerlahkan gaya si pemakai dalam apa jua acara.
Koleksi ini turut didatangkan dengan ciri case diperbuat daripada keluli tahan karat atau dwi-material, kemasan permukaan satin, kalis air sehingga pada kedalaman 100 meter dan skru lutsinar pada bahagian belakang case.
Kesemua model terbaharu juga dikuasakan dengan teknologi pergerakan mekanikal eksklusif Longines dan dilengkapi dengan silikon penimbang-spring serta komponen baharu diperbuat daripada bahan bukan magnetik.
Pelancaran model terbaharu musim panas ini menyaksikan Longines memilih tiga artis dan model bertaraf antarabangsa sebagai duta kempen ‘A Life in a Day’ iaitu pelakon terkenal China, Zhao Liying; penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Suzy serta model dari Hungary, Barbara Palvin.
Koleksi The Conquest direka untuk membolehkan pemakai menggayakan dalam pelbagai situasi dan acara.
Bagi memastikan ia muat digayakan pelbagai jenis saiz pergelangan tangan, koleksi ini turut menawarkan varian jam bersaiz 30mm, 34 mm dan 38mm dengan saiz 34mm khususnya dilengkapi dengan case keluli set berlian atau case bi-material dengan kemasan rose gold.
Varian 30 mm tersedia dengan permukaan jam berwarna perak, hijau, biru dan putih mutiara sementara 38mm pula didatangkan dengan sunray warna perak, hijau, biru, hitam dan putih wain. Tidak ketinggalan jam kronograf bersaiz 42mm.
Bagi versi jam sukan 42 mm kronograf, Longines tampil dengan pelancaran variasi warna terbaharu iaitu perak atau silvered matt.
Bagi versi jam sukan 42 mm kronograf, Longines tampil dengan pelancaran variasi warna terbaharu iaitu perak atau silvered matt.
Varian jam tangan ini dihadirkan dengan pilihan penanda jam berwarna biru dan hijau sambil dipadankan dengan bezel seramik tachymetric.
Sama seperti model berwarna putih wain yang dihasilkan pada 2023, jam versi chronograph terbaharu kali ini turut didatangkan dengan tali getah warna biru, hijau dan hitam, menjadikannya sesuai untuk dipakai dalam aktiviti seharian.
Seperti model lain, koleksi terbaharu The Conquest ini berkembang dari segi reka bentuk dan teknologi, sambil mengekalkan aura original dengan gabungan keberanian, keabadian dan keanggunan sporty. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram