PENYAKIT berkaitan usus merupakan satu masalah yang sering diabaikan masyarakat.
Ramai mengambil remeh soal penjagaan kesihatan usus meskipun 70 peratus daripada sistem imun tubuh berada dalam usus.
Malah, kajian yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia juga mengesahkan bahawa masalah ini merupakan satu hal yang serius.
BACA LAGI: Elak tenat di ICU akibat jangkitan semula penyakit, doktor jelas kepentingan habiskan antibiotik
Program kesihatan usus di The Gardens Theatre pada Selasa.
Buktinya, satu daripada tiga orang masyarakat disahkan memiliki gangguan dalam penghadaman mereka.
Lebih mengejutkan, penyakit usus berada di tangga keempat secara keseluruhan sebagai punca utama kemasukan rakyat Malaysia ke hospital swasta pada 2021.
Bercakap soal itu, pakar diet bertauliah, Indra Balaratnam berkata, usus yang sihat amat penting bagi memastikan makanan dan minuman dapat dihadam dengan sebaiknya.
"Kalau makanan dapat hadam dengan elok, sel-sel badan dapat serap nutrien yang terkandung dalam makanan itu untuk mengukuhkan tahap kesihatan secara keseluruhan.
"Tidak hanya itu, penghadaman yang baik juga mampu menguatkan sistem imun dan mengurangkan risiko penyakit kronik," katanya kepada Majoriti.
Indra turut menekankan kepentingan amalan pemakanan dan gaya hidup seseorang sebagai usaha untuk mengurangkan ketidakselesaan usus.
"Cuba makan pemakanan yang bagus, elakkan ambil makanan dan minuman yang boleh jadi punca pedih hulu hati dan refkluks asid.
"Pastikan ambil makanan tidak terlalu lambat macam tiga hingga empat jam sebelum tidur. Elak juga buat aktiviti berat selepas makan," katanya.
Indra turut menjelaskan maksud pemakanan yang baik di sudut kesihatan yang perlu diambil semua orang.
"Contohnya macam ambil makanan yang ada bijirin penuh, protein rendah lemak, sayur, buah, kacang dan biji-bijian untuk sokong fungsi organ dan penghadaman yang elok.
"Kita juga kena kerap bersenam, pastikan tahap stress sentiasa rendah dan juga dapatkan tidur yang cukup," katanya.
Dalam pada itu, pengasas Nattome, Jon Lai mendedahkan bahawa dia sendiri pernah mengalami masalah kesihatan usus yang serius sewaktu awal memasuki alam pekerjaan.
Disebabkan beliau tidak menyukai ubat-ubatan, maka Joi Lai menubuhkan satu minuman untuk mengurangkan masalah berkaitan perut iaitu Nattome.
"Nattome membekalkan enam manfaat utama termasuk mengoptimumkan nilai pH gastrik, mengukuhkan lapisan usus dan sistem imun, memulihkan pedih hulu hati, mengukuhkan sistem penghadaman, melegakan perut kembung dan menggalakkan kesihatan usus," katanya.
Ketua Perubatan dan Penolong Profesor Sains Kesihatan, Ts Dr Tan Chung Keat juga bersetuju bahawa penyakit gastroesofagus (GERD) kini semakin banyak terjadi.
"Biasanya perlu dirawat dengan ubat atau dalam kes kronik perlu rawatan pembedahan," katanya.
Oleh itu, Chung Keat berkata, makanan fungsian asli penting untuk merawat GERD secara semula jadi.
"Salah satu makanan fungsian yang baik ialah kacang soya tertapai (glycine max) yang merupakan sumber protein berasaskan tumbuhan utama di negara-negara Asia Timur," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram