'Pelawak yang baik tidak perlu terloncat', pesanan Hamid Gurkha buat peminat rindu serindu-rindunya


  • Hiburan
  • Isnin, 15 Jul 2024

Kata-kata Allahyarham Hamid Gurkha masih diingati ramai sehingga kini.

"UNTUK menjadi pelawak yang baik, kita tidak perlu terloncat-loncat. Apa yang penting ialah perkataan," itulah kata-kata yang pernah diucapkan oleh pelawak legenda, Allahyarham Hamid Gurkha.

Pastinya ramai mengenai Allahyarham Hamid memandangkan dia banyak menghabiskan masanya dengan menghiburkan rakyat Malaysia samada di kaca televisyen mahupun di layar perak.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, SIAR mengimbau kembali kata-kata yang dibicarakan oleh Allahyarham sewaktu ditanya mengenai erti pelawak yang baik di sudut pandangannya.

BACA LAGI: ‘Jangan sampaikan pada saya’, Nora Danish ingatkan peminat jika ternampak Nedim bersama wanita lain

BACA LAGI: [VIDEO] 'Jangan percaya, penipu!,' Tokti bengang scammer guna Al muka dan suaranya

Kata-kata yang dilontarkan itu menyebabkan ramai warganet mulai rindu akan cara pelawak zaman dahulu menghiburkan peminat.

Antaranya, seorang pengguna, AJ May beranggapan bahawa pelawak zaman dahulu memiliki nilai yang tersendiri.

"Zaman dahulu walaupun tak secanggih zaman sekarang tetapi jauh lebih berkualiti tinggi dari zaman sekarang," tulisnya.

Tidak hanya itu, seorang pengguna, Jak Waghih berpendapat bahawa pelawak dahulu mampu menghiburkan peminat hanya dengan mempamerkan muka mereka sahaja.

"Pelawak dahulu tengok mukanya pun kita dah geli hati. Pelawak sekarang ini tiada auranya," katanya.

Pengguna yang lain, Ahmad Fazly pula berpendapat bahawa pelawak sekarang seperti tidak benar-benar memiliki ilmu untuk membuat seseorang ketawa tanpa menguris hati seseorang.

"Pelawak sekarang 'kosong', tak sensitif," katanya.

Pemergiaan Allahyarham pada 14 Jun 2022 pastinya meninggalkan 1,001 kisah kerana sentiasa menghiburkan rakyat Malaysia sehingga tidak kering gusi dengan lawaknya.

Untuk rekod, pelawak yang berasal Segambut, Kuala Lumpur itu mulai berkecimpung dalam industri seni negara sejak tahun 1965 dengan menyertai Pertandingan Bintang Radio RTM dan berjaya dinobat sebagai johan.

Selepas terlibat dalam Bintang Radio RTM, sahabat karibnya, Datuk Jamal Shadat yang juga merupakan seorang pelawak pada ketika itu mengajak arwah Hamid untuk terlibat sebagai pelawak pentas.

Sejak dari itu, nama Hamid Gurkha semakin bersinar lagi-lagi melalui filem Panglima Badol (1978) yang merupakan lakonan pertamanya.

Antara filem lain dibintanginya termasuklah Gila-Gila (1979), Aku Yang Berhormat (1983), Senario The Movie (1999) dan banyak lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram