'Nateh bukan aku gila', Ammar Alfian nafi belasah kekasih dalam SUV di Ara Damansara


  • Hiburan
  • Isnin, 08 Jul 2024

Ammar Alfian menafikan dakwaan dia adalah individu yang terkait dengan kes pukul kekasih di dalam SUV di Ara Damansara pada Sabtu.

SELEPAS tersebar berita mengenai seorang pelakon yang masih menjadi 'misteri' namanya dengan dia didakwa membelasah kekasih, tiba-tiba pula pelakon, Ammar Alfian dikaitkan dengan tuduhan tersebut.

Difahamkan, ia berikutan Ammar Alfian yang bertubuh sasa seakan-akan sama seperti ciri-ciri yang disebutkan dalam berita.

"Ammar Alfian ke tu? Macam sesuai dengan watak dia," tulis cutiepiecactus menerusi Instagram.

BACA LAGI: Doktor ulas kes buah pinggang kering dihidapi anak kedua Eyra Hazali

BACA LAGI: Terbang sampai ke Tokyo, suka main 'game' atas talian jadikan anak Siti Nordiana 'guru' Bahasa Inggeris

WhatsApp Image 2024-07-08 at 8.24.35 PM

Ammar Alfian nafi membelasah kekasihnya.

Tampil mempertahankan diri, Ammar Alfian menafikan dakwaan bahawa dia merupakan individu terbabit.

"Nateh, bukan aku gila," tulisnya di ruangan komen dengan membalas tulisan yang ditinggalkan pengguna Instagram berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan tentang seorang pelakon lelaki bertubuh sasa yang didakwa membelasah kekasihnya dalam satu kejadian di Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar@Ismail, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang berpunca daripada perselisihan faham itu kira-kira pukul 6 petang Sabtu.

Shahrulnizam berkata, sebaik tiba, mangsa masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya.

"Tiba-tiba teman lelaki mangsa memarahinya dan terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita berkenaan.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat lega bahawa bukanlah Ammar yang bertindak sedemikian.

"Paling terbaik Ammar Alfian. Jutaan rakyat Malaysia risau dan mengharapkan ia bukan Ammar Alfian. Sekarang kami semua berasa lega kerana masih boleh menonton lakonan beliau di kaca televisyen selepas ini," tulis Acap Gea.

"Tuan badan jawab terus," tulis Fadzil Ashari. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram