[VIDEO] Warisi bakat bapa, anak Black Wings lincah bermain dram di Aswara


  • Hobi
  • Ahad, 07 Jul 2024

Ayen Tommy (kanan) mengikuti ayahnya, Black Wings (kiri) membuat persembahan Wings Live.

KEMUNCULAN anak pemain dram terkenal, Black Wings dalam sebuah band yang ditubuhkan sejak setahun lepas membuat ramai tergamam dengan dendangan hebatnya.

Mewarisi bakat bapanya dalam bermain dram, Ayen Tommy kini muncul sebagai drummer bagi kumpulan Cherry On Top.

Miliki minat mendalam terhadap muzik, Ayen Tommy berkata, dia mulai berjinak-jinak dalam peralatan dram sejak berumur lima tahun.

BACA LAGI: [VIDEO] Ketagih jadi taruhan, Jamal Abdillah tidak tahu anak sulung bukan vokalis Cheery On Top

BACA LAGI: Rumah tidak lagi sesuai tinggal bersama famili, kami perlu teruskan hidup — anak Allahyarham biduanita Sharifah Aini

WhatsApp Image 2024-07-05 at 9.28.56 PM

Ayen Tommy (kanan) bersama ayahnya, Black Wings (kiri).

"Waktu saya cuba-cuba main sendiri sebab ada rasa minat," katanya kepada Majoriti.

Selepas itu, ketika berumur 12 tahun, Ayen nekad mencari guru peribadi sehingga mampu berguru dengan pemain dram kumpulan Search, Allahyarham Yazit Ahmad.

"Saya berguru dahulu dengan Allahyarham Yazid baru saya asahkan bakat dengan ayah saya," katanya.

Menjadikan permainan dram sebagai hobi, Ayen juga akan membahagikan masanya dua minggu sekali untuk 'hobi mahal' itu.

Anak bongsu kepada Black Wings itu juga sering mengikuti ayahnya sewaktu membuat persembahan kumpulan Wings di merata tempat.

Antara konsert yang dibawakan ayahnya yang pernah diikuti adalah Wings Live di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur; Wings Live di Hausboom Music, Wings Live di F1 Singapura; Wings Live The Rock Emperor di The Star Theatre, Singapura dan Wings Live The Rock Emperor di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

WhatsApp Image 2024-07-06 at 1.32.16 AM

Ayen Tommy berlatih dram di One Scream Studio, Kuala Lumpur.

Ayen berkata, dia mengidolakan seorang pemain dram hebat antarabangsa seperti seorang anggota kumpulan Motley Crue, Tommy Lee.

"Saya mula-mula dulu dengar semua lagu Motley Crue dalam album Dr. Feelgood.

"Kemudian saya tengok live mereka dalam YouTube. Ada satu live ni buat saya rasa terpegum bila Tommy Lee ini main dram solo tapi tempat dram dia sampai mampu berpusing 360⁰," katanya.

Minatnya yang mendalam terhadap pemain dram berkenaan menyebabkan namanya ditambah dengan perkataaan Tommy.

"Sebab itu nama popular saya Ayen Tommy, saya teringin nak jadi macam dia," katanya.

Ayen berkata, lebih 30 dendangan dram dalam persembahan pernah disertai sejak kecil terutama ketika melanjutkan pelajaran dalam peringkat diploma di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Antaranya, Seminar Persembahan, Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-16 di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur dan juga Penilaian Tahun Akhir PETA-TONIC 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram