[VIDEO] 'Anak itu penyeri rumah tangga', Achey kecewa pasangan 'childfree' cuba racuni pemikiran individu lain


  • Hiburan
  • Selasa, 02 Jul 2024

Achey tidak bersetuju wujud golongan yang berkahwin tetapi mengamalkan konsep childfree.

PELAWAK Achey menempelak fahaman individu yang lebih memilih untuk tidak memiliki anak kerana beranggapan perkara itu hanya satu bebanan.

Juara Bintang Mencari Bintang musim pertama itu bercakap sedemikian selepas tular rakaman pasangan suami isteri yang mengamalkan konsep childfree.

"Tahu tak anak ini membebankan bagi saya. Sebab saya career woman dan suami pun bekerja dan masing-masing tiada masa dengan anak. Bila ada anak kena fikir pampers, susu, pendidikan dia," kata seorang wanita menerusi rakaman video tular bersama pasangannya.

BACA LAGI: Adegan Zahirah MacWilson merokok demi jayakan watak, Public Health tegur artis kena tegas letak garis sempadan

BACA LAGI: Banglo dirobohkan, pemaju tidak tahu milik Allahyarham biduanita Sharifah Aini

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah beranggapan bahawa rakaman itu sangat mengecewakan kerana seakan-akan cuba meracuni pemikiran pasangan lain.

"Aku kalau bab anak memang tidak bolehlah. Aku tak suka kenyataan kau racun pemikiran orang lain.

"Mak, nenek, dan moyang awak pun agak menyesal bila awak keluarkan kenyataan ini," katanya.

WhatsApp Image 2024-07-02 at 4.47.43 PM

Achey bersama anak perempuannya, Nur Tiara Zinnirah.

Bagi Achey, anak itu merupakan satu penyeri dalam rumah tangga yang mampu menjadikan kehidupan lebih bahagia.

"Pewaris dan penyeri dalam hidup itu. Kerjaya awak tak boleh masuk kubur. Doa anak yang boleh tembus. Yang suami (wanita terbabit) pun aku kalau depan-depan aku sepak sahaja ini,” katanya.

Tentangan yang diberikan oleh Achey turut disokong beberapa artis tempatan lain.

Antaranya, seorang pelakon, Siti Elizad Mohd Sharifuddin turut menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Achey.

"Dan bila manusia tak percayakan rezeki yang tertulis. Dia tidak tahu betapa para Trying To Conceive (TTC) ini susah untuk mendapatkan meskipun hanya seorang zuriat.

"Siap sudah sediakan bilik dan katil double decker okay! Berangan mahukan anak ramai punya pasal," katanya.

Personaliti fesyen dan pelakon, Wak Doyok turut bengang dengan fahaman individu yang lebih memilih untuk tidak memiliki anak.

"Dah tua pun bod*h," katanya.

Pelakon lain, Zulin Aziz turut beranggapan individu yang mengamalkan konsep childfree tidak percaya bahawa rezeki datangnya daripada Tuhan.

"Orang macam ini dia tak sedar ke diri yang rezeki milik ALLAH. Setiap yang lahir itu ada rezeki dia," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram