Agnes Monica nyanyi lagu tanpa kebenaran, komposer buat laporan polis


  • Hiburan
  • Jumaat, 21 Jun 2024

Agnez Mo didakwa atas pelanggaran hak cipta dengan seorang penulis lagu, Ari Bias.

PENYANYI Agnez Mo dilaporkan bakal disiasat Unit Siasatan Jenayah, Balai Polis Indonesia atas dakwaan pelanggaran perjanjian hak cipta dengan seorang penulis lagu, Ari Bias.

Peguam bagi Ari Bias, Minola Sebayar berkata, dakwaan itu dibuat susulan Agnez Mo menyanyikan lagu berjudul Bilang Saja tanpa kebenaran Ari Bias sewaktu mengadakan konsert di tiga kawasan.

"Unsur-unsur pelanggaran dalam Fasal 9 Ayat 2 dan 3 sudah jelas dibuat, jadi kita buat laporan berkaitan Perkara 113 UU Hak Cipta," katanya.

BACA LAGI: 'Dia yang menyatukan dan memisahkan', rakan artis titip pesan buat rumah tangga Nora-Nedim

BACA LAGI: Ingatkan peminat supaya hati-hati guna 'volume' muzik kuat, penyanyi lagu terkenal San Sanana tergamam tiba-tiba hilang pendengaran

13-astounding-facts-about-agnes-monica-1698680388

Penyanyi Agnez Mo didakwa selepas melanggar perjanjian hak cipta bersama Ari Bias.

Minola turut berkata, Ari Bias meminta bayaran sebesar RM429, 717 (bersamaan IDR1.5 bilion) daripada Agnez Mo sebagai ganti rugi selepas melanggar perjanjian itu.

"Kita minta untuk satu konsert bayaran dalam RM 1,433.23 (bersamaan 500 juta rupiah), jadi kalau tiga konsert dia dah buat, jadi RM 429,717 (bersamaan 1.5 bilion rupiah).

"Tetapi tidak menolak kemungkinan kerugian ini boleh menjadi lebih besar, ini bergantung dengan proses yang berterusan," katanya.

Kumpulan Holywings (HWG) turut dipanggil pihak polis tetapi atas budi bicara hanya Agnez Mo yang didakwa.

"Selepas mendapat penjelasan daripada HWG, ada perjanjian antara HWG dan Agnez Mo yang termaktub mengenai lesen kepada pencipta dan royalti iaitu semuanya tanggungjawab Agnez Mo itu sendiri," katanya.

Difahamkan, pemilik nama sebenar Agnes Monica Muljoto itu dilarang mempersembahkan lagu berkenaan kerana masalah lesen yang masih belum diperoleh.

Malah, Ari Bias mengakui telah menghantar saman itu sejak Julai 2023.

"Saya sudah katakan sejak Julai 2023, saya memohon direct license untuk lagu saya kepada penyanyi itu. Tetapi pihak pengurusan Agnez Mo kurang bertanggungjawab," katanya.

Untuk rekod, direct license adalah kontrak yang dibuat oleh komposer dengan terma dan syarat tertentu untuk penggunaan muzik mereka.

Ini adalah cara untuk komposer mendapat bahagian royalti yang lebih besar daripada penggunaan lagu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram