Pelantikan sebagai pakar, Tokti hanya keluarkan kenyataan selepas UMCced


  • Hiburan
  • Selasa, 25 Jun 2024

Datuk Seri Siti Nurhaliza dapat gelaran pakar daripada UMCCed.

PENYANYI nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan berhubung pelantikannya sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCced) seperti yang tular sejak Isnin.

Perkara itu disampaikan oleh pihak pengurusannya, Siti Nurhaliza Productions yang menyatakan bahawa beliau hanya akan berbuat demikian selepas pusat pendidikan itu mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara itu.

"Salam rakan-rakan media semua. Buat masa ini, Siti tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan sempena pelantikan pakar di UMCced kerana kenyataan rasmi harus dikeluarkan terlebih dahulu oleh pihak berkenaan. Selepas kenyataan rasmi sempena pelantikan pakar di UMCced dibuat, Siti akan beri maklum balas kepada media mengenai perkara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

BACA LAGI: Dikecam jadi 'pakar', bekas pelajar PhD basuh netizen salah faham gelaran Tokti

BACA LAGI: Cipta busana Naomi dan Lady Gaga, Adele dan Beyonce kini dalam ‘list’ Rizman Ruzaini

Sidang media An Evening with Datuk Seri Siti Nurhaliza.—LOW BOON TAT/THE STAR.

Siti Nurhaliza belum sedia beri sebarang kenyataan berhubung pelantikan pakar di UMCced.

Sehubungan itu, pemenang trofi Anugerah Seri Perak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 itu memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul berhubung perkara itu.

"Terima kasih kepada rakan-rakan media dan mohon maaf kerana buat masa ini, Siti tidak dapat memberikan kenyataan," katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai poster perlantikan Siti sebagai pakar di Universiti Malaya Centre for Continuing Education (UMCced).

Poster itu menerima kecaman beberapa warganet yang beranggapan tidak bersesuaian apabila gelaran itu diberikannya susulan tidak memiliki akademik yang tinggi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram