Ada masa jatuh haram, fitnah jika 2 imam pimpin solat dalam 1 masjid


  • Relaks
  • Rabu, 12 Jun 2024

Solat dengan dua imam dalam satu masjid pada waktu yang sama adalah sesuatu yang biasanya dielakkan dalam Islam kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan perpecahan di kalangan jemaah.

MENUNAIKAN solat fardu secara berjemaah amatlah digalakkan dalam agama Islam kerana fadilatnya yang besar dari segi ganjaran pahala.

Berdasarkan sabda Nabi SAW: "Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" [HR Bukhari dan Muslim]

Ini menunjukkan betapa besar pahala yang diperoleh apabila seseorang menunaikan solat secara berjemaah.

BACA LAGI: [VIDEO] Terpaksa berhenti sekolah demi sara famili, lelaki tidak malu jadi pemungut sampah di usia muda

BACA LAGI: Tersesat mencari rezeki? Jangan tinggal solat, amalkan doa ini raih keberkatan dalam kehidupan

2551005

Solat berjemaah lebih baik berbanding solat bersendirian.

Umum mengetahui bahawa solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum yang mengikutinya.

Bagaimanapun, masih terdapat amalan solat dua imam di dalam surau atau masjid yang muncul akibat perbezaan fahaman dalam sesuatu hal.

Bercakap soal itu, Imam Masjid Bandar Seri Putra, Ustaz Mohd Rasyidi Ali berkata, situasi sebegitu boleh menyebabkan hukumnya berubah menjadi haram susulan mampu mengundang fitnah kepada imej umat Islam.

"Jadi haram bila imam lantikan masjid sedang memimpin solat jemaah tetapi tiba-tiba ada orang buat jemaah baru di belakang.

"Risau jika ada orang yang rakam dan sebarkan. Nanti orang kata masjid ini pecah belah dan berpuak-puak," katanya.

WhatsApp Image 2024-06-11 at 4.14.32 PM

Seseorang perlulah mengikut jemaah yang sedia ada di dalam surau atau masjid.

Mohd Rasyidi turut menekankan bahawa prinsip asas dalam Islam adalah kesatuan dan perpaduan dalam ibadah.

"Masjid adalah tempat penyatuan umat janganlah kita berpecah belah hanya kerana perbezaan politik, bola sepak dan janda," katanya.

Meskipun solat dengan dua imam dalam satu masjid pada waktu yang sama tidak disyorkan, Mohd Rasyidi berkata, solat yang dilakukan tetap sah dibuat.

"Cuma lebih baik jika ikuti jemaah yang ada," katanya.

WhatsApp Image 2024-06-11 at 4.20.22 PM

Prinsip asas dalam Islam adalah kesatuan dan perpaduan dalam ibadah.

Namun, Mohd Rasyidi berkata, terdapat beberapa keadaan yang membolehkan perkara ini berlaku, tetapi dalam situasi tertentu.

Sebagai contoh, di surau kawasan rehat dan rawat (R&R), surau pusat membeli-belah dan tempat lain.

"Ini kerana, tempat sebegini tiada imam lantikan ataupun imam rasmi.

"Jadi tempat-tempat macam ini bolehlah kalau nak buat jemaah lebih daripada satu kerana ada keperluan dan juga ada keuzuran yang diharuskan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram