Tersesat mencari rezeki? Jangan tinggal solat, amalkan doa ini raih keberkatan dalam kehidupan


  • Mukmin
  • Jumaat, 07 Jun 2024

Pendakwah bebas, Mohamed Hanafiah Abdul Malek berharap agar umat Islam tidak lalai untuk beribadah meskipun dalam kesibukan bekerja.

SETIAP orang dikurniakan rezeki yang berbeza-beza oleh ALLAH SWT.

Jika kita mencari nafkah yang halal, maka rezeki yang akan setara dengan melakukan jihad di jalan ALLAH SWT.

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

BACA LAGI: 'Elok lepas Subuh dan Maghrib dibaca,' mufti kongsi amalan elak gangguan seperti kes anak 'bermain' dengan makhluk halus

BACA LAGI: Sekalikan korban dan akikah? Ada sebab lebih afdal daging sembelihan diasingkan

220308184203-burnout-stock

Dalam kesibukan bekerja, umat Islam perlulah mengingati ALLAH.

"Barang siapa bekerja untuk anak dan isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan ALLAH." [Hadis Riwayat Bukhari].

Bagaimanapun, tidak sedikit orang yang tergelincir dalam mencari rezeki iaitu semakin lalai terhadap melakukan ibadat kepada ALLAH SWT.

Menerusi satu hantaran di Facebook, pendakwah bebas, Mohamed Hanafiah Abdul Malek berkata, ramai orang tersesat dalam mencari rezeki kerana semakin kurang mendekatkan diri kepada ALLAH.

"Rezeki dah tetapkan dah tapi kita sesat, tak jumpa jalan rezeki yang ALLAH tetapkan.

"Kita bukan jenis orang berniaga, buat bisnes untung sikit tapi rugi banyak. Sebab apa? Sebab kita sesat dalam perjalanan mencari rezeki yang ALLAH tetapkan," katanya.

Hanafiah berkata, kita perlulah berfikir sejenak untuk mencari petunjuk agar tidak terus tersesat.

"Kita kena sedar kita sesat. Kalau tak sedar kita akan sesat hingga ke jalan mati atau sehingga mati," katanya.

Mengulas mengenai itu, Hanafiah berkata, dalam kesibukan mengejar kehidupan, umat Islam tidak boleh meninggalkan solat.

"Pada masa sama, sejahat mana pun kita tetaplah solat.

"Umpama orang yang sesat jauh, nak patah balik tak boleh sebab minyak habis. Boleh sahaja nak patah balik, tapi kena tolaklah motor atau kereta tu.

"Solat ni ibarat minyak. Ia yang menolak kenderaan kita untuk terus bergerak," tulisnya.

af93e8b3def179314b702d3345743825

Umat Islam perlulah sentiasa berdoa kepada ALLAH SWT.

Selain itu, Hanafiah berkata, umat Rasulullah SAW juga perlulah sentiasa berdoa kepada ALLAH.

Menceritakan pengalamannya, Hanafiah pernah terjumpa dengan seorang wanita di Bachok, Kelantan yang mengadu mengenai anaknya yang mengambil dadah dan mencuri duitnya.

"Anak makcik ambil pil kuda, selepas itu dia curi duit. Saya buka kedai habis duit dekat kedai dia ambil," katanya sambil mengajuk perkataan wanita itu kepadanya.

Hanafiah pun memesan agar wanita terbabit terus mendoakan anaknya.

"Dia ikut cakap ustaz, terus berdoa. Doa dan berdoa tak henti.

"Alhamdulillah. ALLAH beri hidayah, akhirnya anaknya berubah," katanya.

281636_10150339107115132_3523053_n

Mohamed Hanafiah berkata, umat Islam diharap tidak lalai untuk beribadah meskipun dalam kesibukan bekerja.

Hanafiah berkata, Rasulullah SAW sebut, barang siapa keluar dari rumahnya menyebut doa ini maka dijamin empat perkara:

1. Apa yang ditinggalkan di rumahnya itu akan dijamin keselamatannya.

2. Perjalanannya dijamin keselamatannya dan dijaga ALLAH.

3. Rezeki dijamin ALLAH.

4. Dijaga daripada gangguan syaitan dan selamat kembali.

Jadi, Hanafiah berkata, dengan mengucapkan doa mampu menyebabkan ALLAH sentiasa melindungi diri kita.

"Ya ALLAH, hari ini aku nak keluar cari rezeki. Mudah-mudahan anak aku di rumah tak tinggal solat. Mudah-mudahan hari ini aku selamat dalam perjalanan.

"Bila ALLAH jaga kita tak sama macam boyfriend jaga. Kalau ALLAH jaga, tiada apa di bumi dan langit akan beri kesan kepada kita," katanya.

Selepas berusaha sehabis baik, Hanafiah berkata, seseorang perlulah bertawakal kepada ALLAH.

"Sentiasa sebut aku serahkan kepada-Mu Ya ALLAH atau ucapkanlah aku serahkan pada ALLAH dalam urusan kerja dan bos," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram