Strok kerap serang golongan muda, doktor kongsi pengalaman tangani kes budak usia 5 tahun


  • Sihat
  • Khamis, 30 Mei 2024

Umur pesakit strok di Malaysia jauh lebih muda berbanding di negara lain. — Gambar Hiasan

UMUM mengetahui bahawa strok adalah punca kematian ketiga tertinggi di negara ini.

Malah, menurut tinjauan Global Burden of Disease Stroke Statistics Worldwide pada 2016, seorang daripada empat rakyat Malaysia akan mengalami strok menjelang 2040 jika tidak mengambil sebarang langkah pencegahan/

Kajian yang dilakukan pada tahun 2019 pula mendapati Malaysia mencatatkan sebanyak 47,911 kes strok setahun dengan membabitkan 19,928 kes kematian.

BACA LAGI: Malas gosok gigi? Doktor dedah kuman boleh ikut darah, 'melekat' di jantung

BACA LAGI: Boleh cecah 1,000 kalori, air 'hipster, fancy' antara 5 makanan undang penyakit jantung

WhatsApp Image 2024-05-29 at 8.52.25 PM

Umur pesakit strok di Malaysia jauh lebih muda berbanding di negara lain. — Gambar Hiasan

Lebih membimbangkan adalah, kajian itu juga mendapati kadar umur pesakit strok di Malaysia jauh lebih muda berbanding dengan negara lain di Asia Tenggara.

Ia bukanlah satu isu yang boleh dipandang remeh kerana kebanyakan pesakit strok hidup dengan bergantung kepada bantuan orang lain dalam aktiviti seharian.

Menurut pakar dari Hospital Pusat Otak Negara (RSPON) dari Jakarta, Indonesia, Prof Dr Mahar Mardjono berkata, stok boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira umur.

"Kes strok paling muda yang pernah saya rawat adalah berusia 5 tahun," katanya.

Dr Mahar berkata, faktor genetik merupakan antara sebab kanak-kanak mudah diserang strok.

“Penyakit bawaan sejak lahir menyebabkan kanak-kanak berpotensi ada tekanan yang tinggi hingga menyebabkan pembuluh darah mereka pecah dan terjadinya strok," katanya.

WhatsApp Image 2024-05-29 at 8.57.48 PM

Kanak-kanak juga berpotensi diserang strok. — Gambar Hiasan

Selain genetik, terdapat banyak faktor lain yang mendorong seseorang terkena strok seperti gaya hidup tidak sihat.

"Makanan yang mengandungi kandungan gula, garam dan lemak yang tinggi boleh menyebabkan hipertensi dan diabetes sehingga diserang strok," katanya.

Dr Mahar berkata, agak ramai yang terkena strok pada usia muda meskipun usia tua lebih berpotensi terkena serangan penyakit itu.

"Biasanya memang berkait dengan gaya hidup iaitu terdapat risiko apabila menggunakan alkohol, merokok dan penyalahgunaan dadah.

"Itulah yang mempercepatkan saluran darah pecah," katanya.

Tambahnya, serangan strok lebih berpotensi menyerang individu yang berusia 40 tahun ke atas.

"Risiko strok yang tidak dapat dielakkan adalah golongan warga emas.

"Pemeriksaan awal dan mengesanan seperti impasan CT scan, Magnetic resonance imaging (MRI) dan pemeriksaan Angiografi Penolakan Digital (DSA) daripada pakar perubatan adalah disyorkan untuk dibuat," katanya.

Lebih menakutkan, strok juga boleh menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda-tanda.

"Kanak-kanak berusia lima tahun tengah bermain, tiba-tiba diserang strok.

"Kita tak tahu perkara itu akan terjadi kerana ia merupakan kes yang jarang berlaku," katanya.

Walaubagaimanapun, Dr Mahar mengingatkan agar segera berjumpa doktor jika mengalami masalah strok.

"Bagaimana pula kalau anak berjalan senget, tiba-tiba sebelah badan menjadi lemah.

"Jika simptom strok berlaku tidak kira usia segeralah ke hospital," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram