Pengalaman di Tokyo dan London bantu anak jati Perak miliki restoran di Singapura


Chef Hafizzul Hashim Hafizzul berjaya menjadikan mimpinya sebagai kenyataan dengan membuka Restoran Fiz di Tanjong Pagar, Singapura.

SIAPA sangka anak kelahiran Lumut, Perak mampu mencipta nama dengan menjadi pemilik restoran terkenal di Tanjong Pagar, Singapura.

Bermula sebagai sebuah mimpi, seorang chef, Hafizzul Hashim, 40, kini mampu mencapai hasratnya untuk menonjolkan pelbagai masakan di rantau ini dengan membuka Restoran Fiz di Tanjong Pagar.

Pada awal penglibatannya dalam bidang kulinari, beliau menjadi cef baharu di Kuala Lumpur sekitar 2001.

Selepas itu, Hafizzul merantau ke luar negara untuk bekerja di dapur restoran terkemuka di London, Tokyo selain pernah bekerja untuk chef selebriti British, Marco Pierre White.

“Ketika saya bekerja di London, dan kemudian Tokyo, saya menyedari sudah tiba masanya untuk saya menonjolkan pelbagai masakan di rantau ini.

photo1714369922

Chef Hafizzul Hashim memiliki pengalaman luas dalam bidang kulinari.

Hafizzul berkata, dia melihat bahan-bahan seperti serai dan limau purut boleh menyerlah di persada kulinari antarabangsa kerana chef di luar negara menggunakannya ke dalam masakan dengan pelbagai cara yang kreatif.

"Saya kemudian sedar yang saya betul-betul mahu pamerkan kepelbagaian dalam masakan saya dengan cara yang belum saya terokai sepenuhnya sebelum ini. Saya buat ini untuk beri penghargaan kepada tradisi dan resepi tradisional terdahulu," katanya.

BACA LAGI: Mateen Inteam terpaku lihat orang Mesir dengar al-Quran sambil berdiri dalam pengangkutan awam

photo1714369845

Chef Hafizzul menyajikan masakan melayu yang lazat.

Pada tahun 2023, impian yang telah lama terpendam itu menjadi kenyataan apabila Hafizzul didekati oleh syarikat ABR Holdings yang berminat untuk bekerjasama dalam sebuah restoran mewah.

Di restorannya, beliau mengetengahkan ramuan dan perisa Asia Tenggara yang sangat berbeza berbanding restoran-restoran yang lain di Singapura.

Pelbagai keunikan yang ditawarkan di Restoran Fiz yang dibuka setahun lalu sehingga mampu menarik ramai pengunjung berminat mencuba masakan restoran itu.

Salah satu hidangan istimewa Restoran Fiz adalah shima aji Jepun yang dihidangkan bersama adan rice congee (diperbuat daripada beras adan) dan pelbagai jenis ulaman.

Restoran Fiz turut menyajikan pelbagai menu istimewa lain seperti snek berbentuk epok-epok, ma hor dan blue swimmer crab.

Lebih menarik, Hafizzul juga sentiasa memastikan kaedah memasak tradisional masih dikekalkan penggunaannya meskipun berada di dapur Restoran Fiz berkonsepkan moden.

Ini bermakna, sentuhan kreatif dalam setiap hidangan menggunakan kaedah lama seperti menumbuk aromatik menggunakan alu dan lesung, serta menggunakan masakan berbahan bakar kayu.

Tidak hanya itu, dia juga memasak dengan menggunakan kayu api melalui ketuhar Josper yang dibina khas.

"Teknik masakan jenis ini penting kepada warisan masakan di Asia Tenggara. Kami menggunakan arang kayu bakau yang berasal dari pantai kerana mapan dan cepat berkembang," katanya.

BACA LAGI: Puasa bercakap beri manfaat kepada kesihatan jantung, mental

photo1714369863

Chef Hafizzul sangat teliti semasa menyajikan hidangan lazat buat pelanggan.

Melangkah ke hadapan, Hafizzul berkata, dia akan terus berusaha untuk menambah baik pengalaman pelanggan apabila menjamu selera di Restoran Fiz dengan sertakan dalam versi menu terbaharunya yang akan datang.

“Apa yang saya sangat teruja ialah untuk mengeluarkan menu makan malam sebagai mercu tanda restoran kami tidak lama lagi.

"Ia merupakan perubahan besar yang pertama sejak saya membuka restoran ini dan saya berharap ia akan meningkatkan lagi pemahaman pengunjung tentang pelbagai jenis masakan Asia Tenggara,” katanya. — TheStar/Abirami Durai

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram