Cakesmilla buah tangan terbaharu Mila Jirin buat peminat sempena Aidilfitri


  • Hiburan
  • Sabtu, 30 Mac 2024

Mila Jirin yang semakin mencipta nama sebagai usahawan terkenal masih merindui dunia nyanyian.

SIAPA tak kenal dengan gadis kecil molek, penyanyi Mila Jirin yang popular sejak mampu menjana pendapatan sekitar RM50 juta menerusi perniagaan katering miliknya.

Penyanyi, Mila Jirin sebelum ini juga terkenal dengan lagu Pujaan Hatiku, Bertemu Cinta, Kami Histeria, Adam Hawa dan Bukan Isteri Sempurna.

Memanfaatkan bulan Ramadan dengan sebaiknya, artis berjiwa usahawan itu kini sedang membuat projek biskut raya bernama Cakesmilla.

Menurut Mila Jirin atau Norsyarmilla Jirin, terdapat empat jenis kuih raya yang berbeza-beza dikeluarkan di bawah projek berkenaan.

"Ada conflakes cookies, dark coklat cips, tart nenas dan juga almond london.

"Harga biskut raya saya bermula daripada RM25 hingga RM30," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: 'Sampai simpan hot pack dalam poket', cuaca buruk musim sejuk buat Sohniya 'kebas' beraksi di New Zealand

photo1711716816 (1)

BACA LAGI: Irfan Harris rindu puasa PKP, gembira masih dapat jadi imam solat tarawih bersama keluarga

Mila berkata, projek biskut raya Cakesmilla ini dibuat dengan istimewa oleh barisan-barisan cef hebat daripada syarikat Bizmilla.

"Bulan puasa sambil buat kuih raya pun rasa tak boleh tahan. Sedap sangat masya-ALLAH, biskut ini bukan dibuat guna kilang tetapi home-made," katanya.

Dengan menggunakan ahli kumpulan syarikatnya, Bizmillah, perniagaan kuih raya yang dijual kini sudah memasuki ke dalam 10 negeri.

"Team saya juga bergerak ke 20 lokasi dalam negeri-negeri itu, mereka pergi ke kampung-kampung dan jual di sana," katanya.

Memiliki niat yang murni, Mila Jirin berharap dengan adanya pengeluaran biskutn rayanya itu sedikit sebanyak mampu membantu pekerja yang memerlukan duit lebih menjelang Raya.

"Saya buat kuih raya ini supaya dapatlah sedikit sebanyak membantu pekerja saya yang memerlukan duit lebih menjelang raya nanti," katanya.

Sebelum ini, Mila Jirin pernah mendedahkan bahawa dia dilahirkan dalam keluarga yang susah dan mengalami kesempitan wang sejak kecil.

"Ayah saya seorang buruh kasar, tiada kerja tetap. Ibu saya bekerja di kilang. Dan saya menyaksikan keperitan hidup ibu bapa saya, pergaduhan dalam keluarga disebabkan tiada wang yang cukup.

"Saya menyaksikan ayah cari besi buruk, tin-tin dan sebagainya untuk membesarkan kami sekeluarga," katanya.

Dalam pada itu, dia menggunakan peluang perniagaan yang dimilikinya kini sebagai batu lonjatan untuk mengeluarkan keluarganya daripada kesusahan. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram