Irfan Harris rindu puasa PKP, gembira masih dapat jadi imam solat tarawih bersama keluarga


  • Hiburan
  • Sabtu, 23 Mac 2024

Irfan Harris gembira berkesempatan menjadi imam buat ahli keluarganya pada Ramadan tahun ini.

MERINDUI detik-detik bersama keluarga semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelakon Irfan Harris meluahkan rasa gembira apabila masih berkesempatan menjadi imam semasa menunaikan solat tarawih bersama ahli keluarganya di rumah.

Sebelum ini, penyanyi lagu Redha itu kebiasaannya sering bertarawih di masjid yang menyebabkan momen berjemaah di rumah bersama keluarga dirasai sangat bermakna.

"Tak boleh dilupakan waktu tarawih zaman PKP, sebab sejak daripada itu saya belajar jadi imam untuk solat jemaah tarawih," katanya kepada Majoriti.

photo1711098381

Irfan Harris merupakan penyanyi lagu berjudul Syurga, Redha, Pesan, Bisik dan Hilang.

Memiliki 'bonding' atau ukhuwah yang kuat bersama keluarga, kadangkala abangnya dan juga ayahnya juga bergilir-gilir menjadi imam dalam solat jemaah.

"Tukar-tukar syif, kadang-kadang abang saya, kadang ayah yang jadi imam tapi apabila bergilir, rasa makin kuat silaturahim antara ahli keluarga itu," katanya.

Tidak hanya itu, Irfan Harris rasa bersyukur apabila dilahirkan dalam sebuah keluarga yang saling membantu antara satu sama lain.

"Saya ada enam adik-beradik, waktu bulan puasa, masing-masing tolong ibu memasak di dapur.

"Saya biasanya tolong potong-potong sayur, bukan adik beradik perempuan sahaja, anak lelaki pun masuk dapur," katanya.

Mengulas mengenai menu yang seringkali dicari-cari ketika membeli juadah berbuka puasa, Irfan kebiasaannya bakal memilih makanan yang manis sebagai santapan iftar.

"Saya akan cari manisan, macam pencuci mulut seperti donat bomboloni kalau ke bazar," katanya yang terkenal dengan lagu berjudul Syurga, Redha, Pesan, Bisik dan Hilang. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram