TULAR di media sosial mengenai kehidupan segelintir pasangan yang memilih untuk membuat pembahagian dalam perbelanjaan rumah tangga antara suami dan isteri.
Tidak dinafikan, segelintir pasangan tiada masalah tentang hal itu memandangkan masing-masing memiliki pekerjaan untuk membiayai kehidupan dalam rumah tangga.
Namun, menerusi laman X, seorang wanita mengeluh apabila masih dikhianati suaminya meskipun sudah memahami keadaan suaminya yang belum stabil.
"Aku antara yang bayar separuh, separuh. Okay sahaja faham suami pun cukup-cukup makan jadi aku bantulah lebih sikit memandangkan aku ada rezeki lebih.
"Tetapi dapat tahu suami pula curang, kepada wanita di luar sana never settled for less," tulis wanita berkenaan.
BACA LAGI: Doa ketika iftar antara doa yang baik untuk diamalkan sepanjang Ramadan
Diana Danielle dan Farid Kamil merupakan pasangan selebriti di Malaysia.
Memberi respons terhadap permasalahan itu, Diana Danielle berharap agar kisah kehidupan pasangan lain tidak mendorong wanita di luar sana untuk tidak mahu membantu suami kerana setiap pasangan menjalani kehidupan rumah tangga yang berbeza.
"Jangan sebab kita baca kisah orang lain, kita jadi keras hati.
"Sebenarnya kita dipermudahkan selama kita bantu suami dalam cara yang kita tak nampak," tulisnya.
Diana Danielle turut beranggapan kebaikan yang dilakukan seseorang pasti memiliki ganjaran pahala yang tersendiri di sudut agama.
"Apa saja kita buat, timbangan pahala dapat juga pada kita. Apa pasangan itu buat, itu timbangan dia.
"Mudah sahaja, nak bantu, bantu sahajalah, tidak mahu tidak mengapa," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram