Bentuk kuku tiba-tiba melengkung, ketahui bahaya 'nail clubbing' jika tidak dirawat


  • Sihat
  • Khamis, 21 Mac 2024

Bentuk kuku normal adalah sangat berbeza berbanding kuku yang menghidapi nail clubbing.

TULAR mengenai perubahan bentuk kuku seseorang yang dianggap janggal sehingga mencetuskan situasi panik dalam kalangan warga maya di media sosial.

Menerusi satu hantaran di laman X, @fasc1nate memuat naik gambar perubahan bentuk kuku seorang pembunuh bersiri di German, Fritz Honka.

Difahamkan, perubahan khusus bentuk kuku yang dialami lelaki berkenaan adalah disebabkan masalah jari belantan atau lebih dikenali sebagai nail clubbing.

BACA LAGI: [VIDEO] Nenek meniarap selamatkan cucu nyaris kena patuk ular tedung masuk rumah

WhatsApp Image 2024-03-20 at 8.25.15 PM

Pastinya ramai tidak mengetahui tentang penyakit yang jarang didengari itu bukan?

Bercakap soal itu, seorang ahli farmasi, Mr.Gen menerusi laman Facebook menjelaskan mengenai nail clubbing.

"Nail clubbing ialah gejala apabila jari berubah bentuk disebabkan oleh kandungan oksigen darah yang rendah untuk tempoh masa yang lama," tulisnya.

Keadaan ini menyebabkan kuku anda terbentuk seperti keadaan sudu yang terbalik.

Ini kerana, terdapat pembentukan tisu di bahagian jari (terminal phalanges) sehingga menyebabkan bahagian hujung jari membesar dan kuku melengkung ke bawah.

WhatsApp Image 2024-03-20 at 8.25.55 PM

Bentuk kuku normal adalah sangat berbeza berbanding kuku yang mengalami 'nail clubbing'.

Sebenarnya, terdapat lima peringkat terjadinya nail clubbing kepada jari seseorang iaitu:

Peringkat 1: Permukaan kuku yang tidak sekata dan lembut

Peringkat 2: Peningkatan sudut hyponychial

Peringkat 3: Menyerlahkan kecembungan kuku

Peringkat 4: Nail (clubbed) muncul pada hujung jari

Peringkat 5: Wujud perubahan berkilat atau berkilau dalam kuku atau dan berhampiran kulit.

Menurut Mr Gen, seseorang yang tidak memiliki celahan pada bahagian sekitar tengah kuku berkemungkinan besar menandakan dirinya memiliki masalah kanser paru-paru.

Walaupun keadaan jari belantan dikaitkan dengan kanser paru-paru, tetapi terdapat beberapa sebab lain yang berpotensi terjadinya nail clubbing kepada seseorang. Berikut 3 sebab berlakunya keadaan jari belantan.

i) Idiopati

Idiopati bermaksud seseorang terkena jari belantan tanpa apa-apa sebab yang jelas.

ii) Ciri-ciri warisan

Seseorang juga boleh terkena gejala jari belantan disebabkan faktor keturunan.

Kebiasaannya ia diwarisi dalam pembentukan dominan autosomal iaitu jika salah seorang daripada ibu bapa anda adalah pembawanya, ada kemungkinan 50:50 anda juga mewarisinya.

iii) Secondary clubbing

Secondary clubbing merujuk kepada jari belantan yang berlaku kerana ada masalah kesihatan.

Antara penyakit yang boleh dikaitkan dengan jari belantan ialah kanser paru-paru, penyakit jantung kognital, keadaan gastrousus dan masalah endokrin.

Jari belantan boleh berlaku dalam tempoh masa lama dan juga boleh berubah secara perlahan seiring dengan keadaan yang dihidapi seseorang.

Jari belantan tidak memiliki simptom sakit pada jari atau kuku, namun dalam sesetengah keadaan penyakit, jari belantan ini boleh pulih sekiranya dirawat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram