SELEPAS 15 lagu berentap di pentas akhir Anugerah Lagu Indie 2023, juara lagu terbaik dinobatkan kepada Pembunuh Malam yang dibawakan oleh kumpulan Lunar.
Kemenangan itu membolehkan penyanyi lagu tersebut membawa pulang wang tunai sebanyak RM15,000 berserta trofil.
Mendendangkan lagu yang memenuhi kriteria penilaian juri, kumpulan Lunar meraih kemenangan dua kali berturut-turut apabila lagu Pembunuh Malam dinobatkan juga sebagai lagu Pop Terbaik dengan hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.
BACA LAGI: [VIDEO] Keluang Man mula 'beraksi' April ini, peminat berpeluang jadi superhero di KidZania
Untuk rekod, sebanyak enam anugerah dipertandingkan iaitu Anugerah Lagu Terbaik, Anugerah Persembahan Terbaik, Anugerah Pop Terbaik, Anugerah Rock Terbaik, Anugerah Hip Hop dan Anugerah Lagu Terpaling Platinum Cik.
Anugerah Persembahan Terbaik dimenangi Odelia Tirza menerusi lagu Stargazing dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 serta trofi.
Anugerah Lagu Rock Terbaik pula dimenangi Vota menerusi lagu Souled Out dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 serta trofi, manakala Anugerah Lagu Hip Hop dimenangi LXF menerusi lagu LXF dan turut membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 serta trofi.
Sementara itu, Anugerah Lagu Terpaling Platinum Cik dimenangi Armpunk Sindicate menerusi lagu Noisy Punk dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 serta trofi.
Kemenangan itu diukur melalui 30 peratus undian awam dan 70 peratus pemarkahan juri untuk setiap kategori.
Lagu yang dipertandingkan dalam #ALI2023 dinilai oleh tujuh juri profesional dalam industri muzik tanah air iaitu Wingmengsg, Juwita Suwito, AG Coco, Edwin Raj, Diandra Arjunaidi, Roshan Jamrock dan Ariana Adnan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram