[VIDEO] Lunar bersyukur UPSI sediakan studio, mahu tembusi 'mainstream' dan guna RM20,000 duit kemenangan ALI2023 buat album


  • Hiburan
  • Sabtu, 09 Mac 2024

Kumpulan Lunar meraih kemenangan dalam Anugerah Lagu Indie 2023 pada Jumaat.

KUMPULAN band Lunar berhasrat ingin menembusi industri muzik secara lebih luas selepas bergelar juara dalam Anugerah Lagu Indie 2023 (#ALI2023).

Pemain saksofon, Muhammad Naim Mohd Nawi berkata, anggota kumpulannya itu bakal menggunakan pelbagai inisiatif untuk membolehkan lebih ramai masyarakat mengenali bakat mereka.

"Mungkin akan tembus mainstream dengan menyertai pertandingan lain juga. Dan insya-ALLAH kalau ada rezeki akan hantar penyertaan Anugerah Lagu Indie 2024 pula," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: [VIDEO] Keluang Man mula 'beraksi' April ini, peminat berpeluang jadi superhero di KidZania

photo1709962539

Juara lagu terbaik dalam #ALI2023 dinobatkan kepada lagu Pembunuh Malam yang dibawakan oleh kumpulan Lunar.

Untuk rekod, kumpulan Lunar terdiri daripada empat orang ahli yang bersahabat sejak diploma di Universiti Pendidikan Sultan idris (UPSI) iaitu Muhammad Naim Mohd Nawi, Haziq Hilman Khairuddin (gitaris), Muhd Haziq Sharizal atau Ayjie Rizal (vokalis) dan Cyrill Emerald AK Jerry (pemain dram).

Membawa pulang hadiah RM20,000, kumpulan Lunar berhasrat menggunakan wang kemenangan #ALI2023 untuk menerbitkan sebuah album.

"Dengan kemenangan ini, kami akan buat album pertama dan juga akan lancarkan lagu terbaharu lepas raya.

"Lagu ini berjudul Lara dan dikeluarkan buat peminat-peminat bersempena kemenangan kami," katanya.

Meraih kemenangan tidak terduga, Naim mendedahkan bahawa mereka sebenarnya terlepas untuk menghantar lagu bagi dipertandingkan dalam #ALI2023.

Namun rezeki menyebelahi mereka kerana pihak penganjur memanjangkan tempoh untuk menghantar penyertaan.

"Sebenarnya kami terlepas untuk hantar lagu untuk dipertandingkan dalam #ALI2023, tapi nasib baik penganjur tambah bilangan hari dan barulah kami hantar lagu ketika itu.

"Sungguh tak disangka kerana mampu terpilih dalam top 30 finalis dan terpilih pula meraih dua kemenangan iaitu kategori Pop Terbaik dan juara," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Bawa pulang RM20,000, lagu kumpulan Lunar rangkul juara Anugerah Lagu Indie 2023

Menyifatkan usaha gigih mereka berbayar, kumpulan yang terdiri daripada empat orang pelajar pendidikan muzik itu berasa gembira meraih kemenangan di luar jangkaan selepas membelanjakan banyak duit untuk persiapan dalam #ALI2023.

"Sebenarnya banyak guna duit sebab kami juga bawa kru 20 orang," katanya.

Kumpulan yang terdiri daripada empat orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu turut meluahkan rasa syukurnya kepada pihak universiti kerana banyak membantu mereka untuk menuju dalam #ALI2023.

"Fakulti Muzik dan Seni Persembahan bantu sediakan studio dan juga tolong promote sewaktu kami bertanding dalam #ALI2023.

"Mungkin dapat undian juga daripada rakan-rakan, selain peminat," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram