Bapa pelakon Abe Jaa meninggal dunia


  • Hiburan
  • Sabtu, 03 Feb 2024

Bapa kepada pelakon Jaa Suzuran iaitu Ahmad Mohd Salleh dilaporkan meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi Sabtu.

BAPA kepada pelakon Jaa Suzuran, Ahmad Mohd Salleh dilaporkan meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi Sabtu.

Berita sedih ini dikongsi oleh bekas penyampai radio itu sendiri menerusi laman Facebooknya.

"Assalamualaikum sahabat-sahabat Abe Jaa, Abe Jaa mohon untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk abah Abe Jaa, Ahmad Mohd Salleh yang baru sahaja hembuskan nafas terakhir pada pukul 9.20 pagi tadi. Moga ALLAH balas jasa anda semua, Al-Fatihah," tulisnya.

BACA LAGI: SIAR: Ketahui kisah silam Ibrahim Din, bintang filem Do Re Mi

Jaa Suzuran, 29 atau lebih dikenali sebagai Abe Jaa bagaimanapun tidak berkongsi punca kematian dan lokasi pengebumian jenazah ayahnya.

Menjengah ke ruangan komen, hantaran ini mendapat reaksi ramai rakan-rakan selebriti yang bersimpati serta mengucapkan takziah buat Allahyarham ayahnya.

"Salam takziah jaa," tulis Acheykintangkintung.

"Al-fatihah dan salam takziah dari kak shiha dan keluarga," tulis Shiha Zikir.

"Al-fatihah, salam takziah jaa dan family," tulis Eyka Farhana.

"Salam takziah, semoga beroleh rahmat ALLAH," tulis Fedtri Yahya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram