Zayn Rayyan: Hasil siasatan hampir 90 peratus, polis mulakan tangkapan berdasarkan risikan — KPN


  • 112
  • Selasa, 09 Jan 2024

Pihak polis bertungkus lumus mencari bahan bukti untuk kes pembunuhan Zayn Rayyan selama lebih sebulan.

MENURUT Ketua Polis Negara, semua maklumat yang dikumpul semasa siasatan kes pembunuhan misteri Zayn Rayyan sudah hampir mencapai 90 peratus.

Tan Sri Razarudin Husin dilaporkan berkata, pihak polis akan memulakan tangkapan berdasarkan risikan serta maklumat yang diterima menerusi siasatan konvensional dan saintifik yang dijalankan sebelum ini.

“Saya nak bagitau di sini berkenaan (kes) adik Zayn Rayyan segala usaha daripada konvensional siasatan daripada saintifik, forensik.

“Sekurang-kurangnya dah hampir 90 peratus kita dah lakukan secara bersungguh sungguh sejak kejadian 6 Disember sehingga malam Selasa ada mesyuarat dibuat oleh pihak bersama dengan Polis Selangor.

BACA LAGI: Muka kelihatan tua berbanding usia? Amalkan 5 ulam untuk kekal awet muda

WhatsApp Image 2024-01-09 at 7.01.50 PM

Lokasi mayat Zayn Rayyan ditemui.

“Walaupun kita melihat data-data laporan forensik belum terima, sebab itu saya cakap melebihi 90 peratus, tapi kita melihat bahawa mungkin siasatan forensik kita itu juga berkesudahan secara negatif.

“Jadi saya dah berbincang dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Suhaily, kita sekarang ini ke arah mengumpulkan risikan-risikan untuk kita memulakan tangkapan ke atas suspek-suspek yang kita agak mempunyai lebih 50 peratus keterangan yang berdekatan,” katanya dalam satu sidang media di Bukit Aman.

Sidang media itu turut dihadiri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Tambahnya, beliau tidak menolak kemungkinan untuk memanggil semula ahli keluarga dan saksi kejadian untuk tujuan itu.

Mengulas mengenai motif sebenar pembunuhan terhadap Allahyarham Zayn Rayyan, jelasnya lagi ia masih dalam siasatan polis.

“Siasatan kes bunuh banyak, sebenarnya kita perlu melihat kepada motif, apakah motif. (Jika) kes bunuh motif pasal dadah, kita tahu. Kalau motif cemburu, kita tahu siapa nak cari.

“Kalau pergaduhan kita tahu siapa nak cari. Tapi setakat ini motif ini sangat penting, kalau kita lihat Allahyarham Zayn Rayyan ini budak 6 tahun cuma dia autisme dan kita tak tahu apa motif untuk dia dibunuh sedangkan dia kanak-kanak Autisme,” katanya lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram